SEORANG kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun maut ditikam seorang lelaki misteri ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas selesai kelas mengaji al-Quran, petang kelmarin.
Mangsa yang memakai baju merah bertudung gelap kemudian menghala ke kiri manakala rakannya ke menuju ke kanan jalan sebelum kejadian berlaku. |
Kejadian menyayat hati itu berlaku di satu lorong sempit dekat kawasan perumahan Cibeureum, Cimahi Selatan, Jawa Barat kira-kira pukul 6.30 petang.
Difahamkan, tiada saksi yang melihat kejadian tersebut, tetapi kelibat suspek berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan.
Menerusi rakaman CCTV mangsa dilihat pulang berjalan kaki bersama rakannya sebelum sampai ke satu simpang.
Mangsa yang memakai baju merah bertudung gelap kemudian menghala ke kiri manakala rakannya ke menuju ke kanan jalan.
Tidak lama selepas itu, kelihatan seorang lelaki misteri menunggang motosikal berselisih dengan mangsa, lalu bertindak menghentikan kenderaan di tepi lorong.
Tangkap layar rakamaan CCTV memaparkan suspek yang disyaki membunuh seorang kanak-kanak perempuan di Cimahi. GAMBAR: Detik.com. |
Suspek yang memakai baju berwarna putih kemudian mengejar mangsa sebelum kembali ke motosikalnya dan kemudian terus melarikan diri.
Dalam pada itu, menurut seorang penduduk yang dikenali sebagai Tatang, 45, dia mendengar suara seolah-olah satu jeritan orang memanggil ‘mama’, tetapi tidak mengendahkannya kerana menyangka ia datang dari suara kanak-kanak yang sedang bermain.
“Saya mendengar jeritan mama sebanyak tiga kali, tetapi tiada suara yang meminta tolong.
“Jika ada (suara meminta tolong), pasti akan keluar untuk memeriksa,” katanya.
Sementara itu menurut Ketua Rukun Tetangga Tempatan, Aip Sunarya berkata, lokasi kejadian pembunuhan adalah kawasan yang tidak sunyi kerana ramai penduduk menggunakan laluan tersebut.
“Namun ketika kejadian, cuaca sedang hujan dan matahari terbenam membuatkan jalan tersebut sunyi daripada kebiasaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Cimahi, Asisten Komisioner Rizka Fadilla berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa meninggal dunia akibat kesan tikaman tajam.
“Secara fizikalnya hanya menunjukkan satu tikaman, tetapi untuk lebih kepastian perlu menunggu pemeriksaan terperinci daripada doktor bedah siasat,” katanya, lapor Utusan TV.
Rizka berkata, hasil siasatan mendapati mangsa meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Menurut laporan media-media tempatan mangsa ditikam pada bahagian punggung.
0 Ulasan