Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Remaja perempuan bergurau baling pisau terkena adik hingga maut direman 6 hari

Gelang Patah, Johor: Remaja perempuan yang dipercayai membaling pisau ke arah adik lelaki hingga menyebabkan kmatian ditahan reman enam hari mulai hari ini hingga 25 Oktober depan.

Remaja baling pisau terkena adik hingga maut direman 6 hari
REMAJA perempuan ditahan reman enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes membaling pisau dan mengenai adik lelakinya sehingga maut. Foto Utusan

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Normadiana Mamat di Mahkamah Mjistret Johor Bahru.

Remaja berusia 18 tahun yang belajar di sebuah sekolah di Gelang Patah itu dibawa ke mahkamah pada 9.25 pagi.

Remaja itu kelihatan sugul manakala tiada ahli keluarga hadir ke mahkamah.

Difahamkan ahli keluarganya sibuk berurusan di rumah mayat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) sehingga selesai proses bedah siasat mangsa.

Semalam, media melaporkan mangsa berusia 16 tahun disahkan meninggaI dunia pada 2.30 petang dipercayai tertusuk pisau dibaling kakaknya di Kampung Ulu Pulai, Ulu Choh, Gelang Patah.

Kejadian dipercayai berpunca daripada perselisihan faham akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Polis menerima panggilan berhubung kejadian pada 2.15 petang semalam.

Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik.

Ibu mangsa mendakwa mangsa bergaduh dengan kakaknya berikutan berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah.

Kakak mangsa mengaku membaling pisau ke arah mangsa selepas dipersenda ketika masuk ke rumah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 3O2 Kanun Kesksaan.

Salam takziah buat keluarga moga tabah atas kejadian yang menimpa. Alfatihah. – Sumber dipetik dari Utusan Malaysia



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan