Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Demi kelangsungan hidup, rakyat harap kerajaan luluskan Pengeluaran KWSP 2.0

Ramai rakyat Malaysia ketika ini mengharapkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disalurkan sekali lagi, susulan mereka berdepan masalah kewangan meruncing dan memerlukan bantuan bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup serta membaik pulih ekonomi keluarga.

KWSP 2.0: Pengeluaran terakhir akan dipertimbang kerajaan
Demi kelangsungan hidup, rakyat harap kerajaan luluskan Pengeluaran KWSP 2.0

Walaupun pendemik sudah berakhir, namun masih ada yang di antara kita mengharapkan Pengeluaran Khas KWSP untuk dilakukan sekali lagi. Ini kerana dengan keadaan kenaikan harga barang yang berlaku.

Adakah Kerajaan akan meluluskan

Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah pada Isnin (8 Ogos 2022) menyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan Pengeluaran KWSP 2.0

YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah
Timbalan Menteri Kewangan II, YB Tuan Mohd Shahar Bin Abdullah menyatakan dalam Dewan Rakyat bahawa Kerajaan bersetuju untuk mempertimbangkan Pengeluaran KWSP 2.0

Beliau berkata, semua input-input berkaitan bagaimana untuk kerjaan perhebat dan pertingkatkan nilai simpanan KWSP sedang dikaji rapi dan sudah pasti KWSP 2.0 juga adalah antara salah satu perkara yang sedang kerjaan pertimbangkan pada masa sekarang.

“Hal ini kerana, banyak lagi strategi yang kerajaan akan gunakan untuk pasukan KWSP menjadi insurans kepada mereka yang berkerja”

Dan paling penting katanya, kerajaan sekarang sedang teliti menangani bagaimana peluang pekerjaan di pasaran, kadar gaji minimum diberikan kepada majikan dan seterusnya kerajaan juga mahu bantu bukan saja sektor formal atau tidak formal supaya kadar kesedaran perancangan pasaran dan celik kewangan rakyat Malaysia dapat kerajaan optimumkan sebaiknya.

Petisyen Pengeluaran

Sebuah petisyen telah untuk dibuat untuk menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0. Walaubagaimanapun petisyen ini telah ditutup dan mendapat sokongan hampir 320K orang

luluskan pengeluaran khas 2.0 kwsp untuk kelangsungan kehidupan rakyat
Petisyen untuk kerajaan meluluskan pengeluaran khas KWSP 2.0 untuk kelangsungan kehidupan rakyat di change.org

Kempen ini dilancarkan secara organik oleh rakyat tanpa penglibatan mana-mana parti politik. Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Di aalikasi Telegram, sekitar 200,000 Rakyat Malaysia telah berkumpul dalam sebuah channel.

Yang mana channel telegram tersebut selalu memberikan informasi terkini berkenaan bantuan kerajaan dan kerjaya di Malaysia.

Cara semak baki akaun 1 KWSP

Berikut adalah merupakan cara untuk anda melakukan semakan baki akaun 1 KWSP milik anda:

  1. Sila Log Masuk ke i-Akaun di laman https://www.kwsp.gov.my/en/ilogin/login-member
  2. Selepas login dengan kata laluan baru, anda boleh terus melakukan semakan pada penyata anda.
  3. Untuk membuat semakan baki Akaun-1 KWSP, sila terus klik pada pautan ‘Penyata Tahun Semasa / Tahun Sebelumnya’
  4. Baki simpanan Akaun-1 dan Akaun-2 KWSP anda akan dipaparkan.
  5. Anda boleh cetak sekiranya dirasakan perlu.

Semoga perkongsian ini bermenafaat kepada anda.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan