Pengacara Nana Mahazan sempat merakamkan kenderaan terbakar yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Kilometer 45, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, iaitu sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor, malam tadi.
Nana yang melalui lokasi kemalangan di Kilometer 45, Lebuhraya Utara Selatan arah utara, sempat merakamkan video nahas ngeri dan dikongsi di TikTok, malam tadi. Foto IG Nana Mahazan |
Melalui perkongsian TikTok beberapa jam lalu, Nana yang dalam perjalanan menuju utara bersama rakannya, terkejut melihat sebuah kenderaan dipercayai lori, dijilat api dalam nahas itu.
"Ya Allah... Astaghfirullahalazim. Berlanggarkah? Ada lori... Macam mana kereta hendak lalu?
"Ya Allah, semua kerata tidak bergerak," kata Nana seperti yang didengar dalam rakaman video itu
Pengacara Nana Mahazan sempat merakamkan kemalangan ngeri di Kilometer 45, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan, iaitu sebelum simpang Sedenak, Kulai, Johor, malam tadi. pic.twitter.com/MJCyrhwkdF
— Berita Harian (@bharianmy) October 16, 2022
Sementara itu, bekas peserta musim pertama program realiti (AF) Akademi Fantasia ini menulis:
"Lebuh raya menghala Johor Bahru sebelum Sedenak. Astaghfirullahalazim.... Semoga semua terbabit selamat," katanya sambil disertakan emoji sedih.
Rakaman video dimuat naik di TikTok memaparkan kemalangan ngeri di Kilometer 45, Lebuhraya Utara Selatan arah selatan yang dikongsi Nana. Foto TikTok Nana Mahazan |
Terdahulu, tular dalam Facebook rakaman video berdurasi satu minit 37 saat yang memaparkan jeritan menyayat hati seorang lelaki dipercayai terbabit dalam nahas itu, menyatakan dirinya tidak akan meninggalkan isterinya.
Lelaki terbabit bagaimanapun ditenangkan pengguna jalan raya lain dan dibawa ke kawasan lebih jauh berikutan api marak.
Sementara itu, Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Mohd Fauzi Md Nor memberitahu BH Online, dua mangsa maut manakala empat orang lagi selamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan itu, malam tadi.
Sumber: BH Online
0 Ulasan