Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tiga tahun terpisah, rasa lega dapat pulang ke pangkuan keluarga – Shah Iskandar

Lega hati pelakon terkenal, Shah Iskandar, 39, apabila dia akhirnya dapat pulang ke pangkuan keluarga tercinta di Singapura pada 2 April lalu.

Tiga tahun terpisah, rasa lega dapat pulang ke pangkuan keluarga – Shah Iskandar
Tiga tahun terpisah, rasa lega dapat pulang ke pangkuan keluarga – Shah Iskandar

Ketika dihubungi, jelas pelakon drama Teduhan Kasih itu, dia dan isteri sepatutnya pulang pada 26 Mac 2022, namun selepas dia dijangkiti Covid-19, mereka terpaksa pulang setelah habis kuarantin kendiri.

“Perasaan mula-mula kecewa, rasa banyak halangan. Tetapi, pada 2 April itu segalanya berjalan dengan lancar. Alhamdulillah masuk Singapura pun sangat lancar.

“Perkara pertama yang saya buat terus ke tempat kerja emak buat kejutan. Saya peluk emak di tengah-tengah tempat kerja.

“Saat yang menyentuh hati. Rasa lega sebab tiga tahun tidak dapat balik, rindu sangat. Anak saya pun sudah setahun enam bulan,” katanya.

Kongsi Shah atau nama penuhnya Shah Iskandar Mahfuz, masa yang ada ini akan dihabiskan dengan berjumpa ahli keluarga lain sebelum kembali ke Malaysia.

“Hujung bulan ini saya akan pulang beraya sebab sudah dua tahun tidak beraya di Singapura.

“Beginilah rasanya kalau jauh dari keluarga, sudah lama tidak berjumpa rindu lain macam.

“Waktu ramadan ini, sentiasa berbuka bersama emak dan dia pun mahu bersama dengan cucu dia,” katanya.

Meskipun sudah bersama keluarga tercinta, Shah tetap mengamalkan prosedur operasi standard (SOP).

Malah, dia berterima masih kepada kedua-dua buah negara Malaysia dan Singapura kerana telah memudahkan serta mempercepatkan proses kemasukan semula. Sumber: Utusan Online



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan