Sebanyak 2,048 pesakit baharu membabitkan kes Covid-19 dimasukkan ke hospital semalam, kata Kementerian Kesihatan (KKM). Daripada jumlah itu, sebanyak 1,277 kes atau 62.4% adalah dalam Kategori 1 dan 2 manakala baki 771 kes atau 37.6% Kategori 3 hingga 5.
Sejumlah 229 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 26% daripada jumlah keseluruhan. (Gambar Facebook) |
Selangor merekodkan jumlah kemasukan ke hospital tertinggi dengan 302 kes diikuti Perak (259) dan Johor (228).
Sementara itu, sebanyak 1,622 pesakit dibenarkan pulang semalam.
Dalam kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) bagi pesakit Covid-19 pula ialah 889 atau 44% daripada jumlah kapasiti.
Katil ICU di enam negeri melebihi penggunaan 50% kapasiti, iaitu Kelantan (79%), Johor (68%), Putrajaya (67%), Kuala Lumpur (62%), Selangor (57%) dan Pulau Pinang (57%).
Sejumlah 229 pesakit memerlukan bantuan pernafasan dengan peratusan penggunaan ventilator 26% daripada jumlah keseluruhan.
Sebanyak empat kluster baharu dilaporkan semalam, menjadikan keseluruhan 6,869 kluster dikesan sehingga kini dengan 419 daripadanya aktif.
Kadar kebolehjangkitan (R-naught atau RO) Covid-19 negara pula direkodkan pada 1.04.
0 Ulasan