RAMAI daripada kita mempunyai persepsi tentang kelakuan dan penampilan sekiranya seseorang individu mengalami kemurungan. Lazimnya, kita membayangkan penghidap kemurungan adalah seorang yang jarang keluar bilik, tidak berpakaian kemas dan kelihatan sengsara. Namun realitinya, penghidap kemurungan tidak semuanya berkelakuan sedemikian.
Tidak dinafikan, sejak pendemik Covid-19 melanda dunia, ramai yang telah terkesan dengan wabak ini bukan sahaja dari segi kesihatan malah ada juga yang kehilangan kerja atas pelbagai faktor.
Lokasi kejadian amuk berlaku di Desa Pojok, Kecamatan Wates, Kabupaten Kediri |
Isu kehilangan kerja ini bukanlah satu isu yang kecil buat seseorang yang sedang mengalaminya. la boleh membuatkan seseorang itu mengalami kemurungan yang teruk serta buntu akibat masih tidak mendapatkan pekerjaan.
Apabila seseorang mengalami kemurungan, pemikiran dan tindak-tanduk mereka sukar untuk dijangka. Bukan itu sahaja, lebih buruk lagi sehingga ada yang bertindak untuk mencederakan diri atau orang lain.
Insiden yang berlaku
Seorang kelaki bernama Riyanto (35), warga Desa Pojok, Kecamatan Wates, Kabupaten Kediri, mengamuk dengan menetak dan menikam 10 orang, menyebabkan empat daripadanya maut.
Insiden yang berlaku pada Isnin, 7 Mac 2022 itu mengakibatkan empat maut dan enam kesan tikaman, yang masih dirawat di hospital.
Rumah penjenayah,Riyanto yang mengamuk tikam 10 orang mangsa |
Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kediri , AKP Rizkika Atmadha Putra berkata, kronologi kejadian pada awalnya anggota menerima maklumat berhubung kes penderaan yang mengakibatkan kematian seseorang.
“Terdahulu kami menerima maklumat di daerah kecil Wates, dakwaan penderaan yang mengakibatkan kematian orang . Sampai sekarang kami masih bekerja,” kata Kasatreskrim di Kediri, Isnin, 7 Mac 2022.
Menikam 10 orang ahli keluarga termasuk jiran
Insiden ini di Desa Pojok, Kediri, Jawa Timur apabila seorang lelaki dikenali sebagai Riyanto, 35, telah bertindak menikam 10 orang ahli keluarganya serta jiran dengan menggunakan senjata tajam dalam satu kejadian amuk.
Dalam kejadian itu, katanya lagi, 10 orang menjadi mangsa dan empat daripadanya meninggal dunia, manakala enam lagi masih dirawat di hospital.
Menurut seorang saksi, Aris Setiawan kejadian itu berlaku apabila suspek bertengkar dengan ibu dan bapanya mengenai pekerjaan. Dia difahamkan kini tidak lagi bekerja kerana telah diberhentikan.
Capai sabit, menikam ibu, bapa serta adik
Aris berkata “Riyanto tiba-tiba mencapai sabit lalu menikam ibu, bapa serta adiknya sehingga mereka maut ditempat kejadian.
“Bukan itu sahaja, beberapa jiran tertangga yang melihat insiden itu turut diserang, dia kemudian melarikan diri ke dalam kebun dan penduduk kampung telah membuat laporan polis,” ulasnya lagi.
Sementara itu, jurucakap polis Kediri, Rizka Atmadha Putra mengesahkan kejadian yang berlaku itu dan suspek telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Bagaimanapun, polis memaklumkan suspek ketika ditahan tidak memegang sebarang senjata serta tidak melawan.
Suspek alami kemurungan dibuang kerja
“Setelah melakukan beberapa ujian didapati suspek mengalami kemurungan kerana dibuang kerja serta selalu didesak oleh ibu bapanya untuk mendapatkan kerja dalam kadar segera,” kata Rizka.
Selain itu, difahamkan Riyanto adalah seorang yang pendiam, namun sering menjadi tukang azan di masjid.
Untuk makluman, enam lagi mangsa yang dilaporkan cedera kini berada dalam keadaan yang stabil.
Sumber: Suaramerdeka | Tribunnews
0 Ulasan