KOTA KINABALU: video fenomena salji turun di Gunung Kinabalu kembali selepas 29 tahun, seperti yang dilaporkan Utusan Malaysia. Fenomena salji di puncak tertinggi di Asia Tenggara iaitu di Gunung Kinabalu ini kembali berlaku awal pagi tadi.
Fenomena salji turun di Gunung Kinabalu kembali selepas 29 tahun |
Walaupun ia berlaku kira-kira dua minit namun, fenomena luar biasa itu cukup membuatkan malim gunung dan pendaki yang berada di puncak berasa teruja.
Malim Gunung merangkap pelatih via-ferrata, Hajiri Sulumin, 47, berkata, itu adalah pengalaman keduanya menyaksikan salji turun di puncak Gunung Kinabalu dan kali pertama pada 2018.
“Pagi tadi, salji turun semasa saya berada di check point (pusat pemeriksaan) Sayat-Sayat. Ia turun tidak lama kira-kira dua hingga tiga minit sahaja.
“Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.18 pagi dan itu memang salji sebab ringan. Kalau ketulan ais yang turun ia lebih berat,” katanya.
Sementara itu, Pengurus Taman Kinabalu, Justinus Guntabid berkata, berdasarkan rekod, fenomena berkenaan pernah berlaku di Gunung Kinabalu pada tahun 1975 dan kali terakhir pada 1993.
Saksikan video:
Beliau berkata, beberapa tahun sebelum ini ada dikatakan fenomena salji namun, itu sebenarnya hanya proses pembekuan.
“Namun pagi ini memang salji yang turun. Ia berlaku kira-kira 2 minit sahaja. Salji boleh dilihat dari Sayat-Sayat sehingga puncak Kinabalu di Kilometer 8.72.
“Suhu yang direkodkan di Panalaban antara pukul 2 hingga 10 pagi tadi lebih kurang 6.9 hingga 12 darjah celcius, lebih sejuk daripada biasa dan saya percaya di puncak suhunya jauh lebih sejuk berbanding di Panalaban,” katanya.
Mengulas lanjut katanya, purata kelembapan yang direkodkan pada tempoh masa yang sama adalah 52 hingga 62 peratus dan ini bermakna ia lebih lembab daripada biasa, iaitu sekitar 70 peratus.
Justinus berkata, pendaki yang berada di puncak pagi tadi adalah mereka yang bertuah kerana fenomena itu jarang berlaku. - Sumber: Utusan
0 Ulasan