Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Saya yakin tidak bersalah dan akan lalui ujian ini dengan sebaiknya....” – Ustaz Ebit Lew

SEBELAS pertuduhan dikenakan kepada penceramah bebas, Ebit Lew termasuk berkaitan gangguan seksual disifatkan sebagai tuduhan melampau selain mempunyai agenda tersembunyi bagi menjatuhkan kredibiliti figura tersebut.

Ustaz Ebit Lew
“Saya yakin tidak bersalah dan akan lalui ujian ini dengan sebaiknya....” – Ustaz Ebit Lew

Menurut Ebit, tuduhan itu merupakan satu bentuk dakwaan yang tidak berasas serta dirancang pihak tertentu bagi menghentikan usahanya dalam melakukan aktiviti kebajikan untuk rakyat yang memerlukan.

“Saya yakin dan percaya, tuduhan itu dibuat oleh satu kumpulan yang merancang untuk mengenakan saya,” katanya kepada pemberita sejurus keluar dari Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, Sabah sebentar tadi.

Ketika ditanya mengenai tuduhan berkenaan, Ebit menjelaskan, dia hanya mengetahui hal tersebut beberapa hari lalu sebelum diminta tampil ke mahkamah pada hari ini.

“Saya baru tahu beberapa hari lalu ketika membuat kerja amal di Sabah, agak terkejut juga. Saya bukannya datang ke Sabah untuk hal itu (didakwa di mahkamah).

“Saya yakin tidak bersalah dan akan lalui ujian ini sebaiknya. Saya serahkan semua hal kepada peguam dan gembira lalui situasi ini di mahkamah,” ujarnya.

Dalam pertuduhan itu, Ebit yang didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kekal dengan pengakuan tidak bersalah.

Susulan itu, pihaknya perlu menyerahkan dokumen berkaitan pembelaan diri pada 22 April depan manakala sesi perbicaraan seterusnya dijadualkan berlangsung pada bulan Jun depan. -Kosmo Online



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan