Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Tonton] Dipapah saat lihat jenazah anak disemadikan, suasana hiba iringi pengebumian adik Rayan

PEMERGIAN adik Rayan Awram, kanak-kanak Maghribi yang terperangkap berhari-hari di dalam sebuah telaga sedalam 32 meter cukup memberi kesan mendalam kepada masyarakat dunia.

Dipapah saat lihat jenazah anak disemadikan, suasana hiba iringi pengebumian adik Rayan
Dipapah saat lihat jenazah anak disemadikan, suasana hiba iringi pengebumian adik Rayan

Rayan yang meninggal dunia pada usia lima tahun dikebumikan semalam di daerah Ighran, dekat Chefchaouen di utara Maghribi.

Pengebumian Rayan yang penuh emosi itu turut dihadiri ratusan penduduk bagi memberi penghormatan terakhir kepada kanak-kanak tersebut.

Dipapah saat lihat jenazah anak disemadikan, suasana hiba iringi pengebumian adik Rayan

Baca kisah lengkap adik Rayan: Kronologi tragedi Rayan terjatuh dalam perigi sempit, selepas 5 hari berjaya dikeluarkan, tetapi akhirnya...

Dipapah saat lihat jenazah anak disemadikan, suasana hiba iringi pengebumian adik Rayan

Menerusi rakaman di kawasan pengebumian, terdengan laungan ‘Allahuakbar’ dan ‘LailahaillAllah’ bergema memenuhi setiap ruang ketika jenazah Rayan dikebumikan.

Dipapah saat lihat jenazah anak disemadikan, suasana hiba iringi pengebumian adik Rayan

Bapa kepada Rayan, Khaled Aourram dan ibunya Wassima Kharchich ketika ditemui media tempatan di tanah perkuburan berkata ‘Semoga Tuhan bersama anak saya.’

Menurut laporan Daily Mail, dua khemah besar didirikan di depan rumah keluarga Rayan untuk membolehkan penduduk setempat memberi penghormatan terakhir kepada Rayan.

Dipapah saat lihat jenazah anak disemadikan, suasana hiba iringi pengebumian adik Rayan


Ketika ambulans yang membawa jenazah adikRayan tiba di kubur, laungan agama berbunyi: "Rayan adalah kekasih kami."

Ayahnya hampir tidak dapat berjalan dan terpaksa dipapah ketika menghampiri jenazah, memerhatikan keranda yang diturunkan ke dalam kubur, kemudian ditutup dengan tanah dan dahan pokok.

Kanak-kanak itu telah dikebumikan di sebuah kawasan di mana ahli keluarga lain dikebumikan di tanah perkuburan Zawiya yang berada di puncak bukit, enam kilometer (empat batu) dari kampung itu. Puluhan orang berkabung, berduyun-duyun hadir ke pengebumian untuk memberikan penghormatan terakhir.


Turut berdukacita atas pemergian kanak-kanak ini adalah pemain bola sepak anatarabangsa dari Maghribi, Abderrazak Hamdallah.

Abderrazak Hamdallah
Abderrazak Hamdallah

Pemain kelab bola sepak Al-Ittihad itu turut menawarkan untuk membeli sebuah rumah untuk keluarga berkenaan dengan harapan dapat memberi sedikit kegembiraan kepada mereka.

Abderrazak mengucapkan takziah kepada keluarga Rayan, sambil menambah: "Saya telah memutuskan, bagi pihak nama keluarga saya dan atas nama semua rakyat Maghribi dan Muslim, untuk membantu dan membawa sedikit kegembiraan kepada keluarga Rayan."

Di seluruh negara, rakyat Maghribi telah menggunakan media sosial untuk menawarkan harapan mereka untuk kelangsungan hidup adik Rayan, menggunakan hashtag #SaveRayan yang membawa perhatian global kepada usaha menyelamat kanak-kanak malang ini. - al-Jazeera



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan