Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pelancaran pesawat rasmi Harimau Malaya tajaan MAS beri inspirasi skuad negara

PELANCARAN pesawat rasmi Harimau Malaya diharap memberikan inspirasi untuk skuad negara melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. Malaysia Airline System, (MAS), rakan kongsi penerbangan rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu pada 8 Februari 2022, melancarkan satu paparan grafik Harimau Malaya pada badan pesawat syarikat jenis Airbus 330-300 yang menandakan kerjasama rapat dan perkongsian wawasan antara kedua-dua jenama kesayangan negara itu.

IZHAM Ismail dan Hamidin Mohd. Amin (lima dan enam dari kiri) pada pelancaran rasmi pesawat baharu Airbus 330-300 yang berlukisan grafik Harimau Malaya di Sepang. - Kredit foto: FAM
IZHAM Ismail dan Hamidin Mohd. Amin (lima dan enam dari kiri) pada pelancaran rasmi pesawat baharu Airbus 330-300 yang berlukisan grafik Harimau Malaya di Sepang. - Kredit foto: FAM

Menurut Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, pelancaran pesawat berkenaan juga diharap dapat menambah baik kerjasama badan induk bola sepak negara itu bersama pihak Penerbangan Malaysia Bhd (MAB) pada masa hadapan.

“Secara keseluruhannya, pelancaran rasmi pesawat Harimau Malaya ini akan meningkatkan lagi kerjasama antara dua jenama kebangsaan ini (FAM dan MAB).

Pelancaran pesawat rasmi Harimau Malaya tajaan MAS beri inspirasi skuad negara

“Sebelum ini pihak MAB juga sering bekerjasama membawa pasukan kebangsaan kita kepada beberapa tugasan antarabangsa menerusi penerbangan khas yang disewa.

“Oleh itu, diharapkan majlis pelancaran ini akan memberikan inspirasi kepada skuad kebangsaan terutamanya bagi mengharungi pusingan ketiga aksi kelayakan Piala Asia 2023 Jun depan dan seterusnya membuatkan rakyat negara ini berbangga,” katanya sempena Majlis Pelancangan Livery Pesawat Airbus 330-300 Harimau Malaya di Sepang pada Selasa.

Untuk rekod, sejak 2019 lalu MAB sering bekerjasama dengan FAM khususnya menerusi sewaan pesawat khususnya ke destinasi luar negara seperti Dubai dan Manama.

Pada majlis sama, Enrich Penerbangan Malaysia, turut melancarkan Kad Enrich x Harimau Malayanya, yang khususnya dihiasi dan direka bentuk dengan lambang Harimau Malaya dan boleh dibeli oleh ahli-ahli kelab penyokong pasukan negara menerusi https://temptations.malaysiaairlines.com.

Pelancaran pesawat rasmi Harimau Malaya tajaan MAS diharap beri inspirasi untuk skuad negara

Sementara itu Ketua Pegawai Eksekutif MAB, Kapten Izham Ishmail berkata, pihaknya gembira dengan pelancaran pesawat berkenaan yang secara keseluruhannya menggambarkan hubungan kerjasama baik antara pihak MAB dan FAM.

Malah katanya, menerusi hubungan kerjasama berkenaan pihak MAB juga merancang untuk terus memberikan sokongan kepada skuad kebangsaan.

“Kami gembira dengan kerjasama ini dan dalam masa terdekat ini kami akan membawa skuad Bawah 23 tahun (B-23) kebangsaan ke Phnom Penh, Kemboja bagi menyertai Piala AFF B-23 2022,” katanya.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan