Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kenderaan terjunam dalam sungai, berjaya diangkat naik, tapi jasad pemandu tidak kelihatan

BESUT: Pacuan empat roda dinaiki suami isteri yang terjunam dalam sungai dekat Kampung Tembila di sini, berjaya dinaikkan pada 6.25 petang tadi.

© Foto Harian Metro: KENDERAAN pacuan empat roda yang dinaiki Shukri bersama isterinya terjunam ke dalam sungai di Kampung Tembila berjaya dinaikkan pada jam 6.25 petang. FOTO Nurul Fatihah Sulaini
© Foto Harian Metro: KENDERAAN pacuan empat roda yang dinaiki Shukri bersama isterinya terjunam ke dalam sungai di Kampung Tembila berjaya dinaikkan pada jam 6.25 petang. FOTO Nurul Fatihah Sulaini

Bagaimanapun, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Mohamad Jusoh berkata, Shukri Wahab, 52, yang juga pemandu Toyota Hilux itu dan masih hilang tidak ditemui bersama kenderaan.

Terdahulu, kenderaan itu ditemui di dasar sungai sedalam kira-kira empat meter pada 5.15 petang.

"Jarak penemuan kenderaan itu dari lokasi kemalangan iaitu Jambatan Tembila dianggarkan kira-kira 10 meter. Ia dibawa naik dengan kren.

"Jasad mangsa yang berasal dari Tawang, Bachok tidak ditemui dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) akan diteruskan lagi," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

Dalam kejadian kira-kira 6 pagi, kenderaan dinaiki Shukri bersama isterinya, Azizah Mohamad Yusof, 51, yang dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, hilang kawalan sebelum terjunam ke dalam sungai.

Azizah berjaya diselamatkan selepas tersangkut dan bergayut pada pokok di tepi sungai.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, SAR yang ditangguhkan pada 7 malam akan disambung 8 pagi esok dengan kawasan pencarian diperluaskan lagi termasuk pencarian di permukaan.

Baca juga:
[Video] “Berpantang maut sebelum ajal...” - Kereta Axia jatuh tebing terjunam ke pesisir pantai.

"Setakat ini operasi pencarian dilakukan dalam lingkungan 20 meter radius, manakala lima bot digunakan untuk mengesan mangsa, dua milik bomba, dua milik Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta satu aset polis," katanya.

Dalam operasi yang disertai 26 anggota BBP Besut dan Jertih, 10 anggota APM dan 15 anggota polis itu, pasukan penyelamat turut berdepan kesukaran akibat air sungai yang keruh dan berarus.

Sumber: myMetro



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan