Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Cepat lupa jasa...” – Chef Wan sedia tunjuk bukti taja perkahwinan Chef Riz & Shikin Maembong

Sejak beberapa hari lalu, nama chef selebriti terkemuka negara, Datuk Chef Wan dan bekas menantunya, Shikin Maembong menjadi topik hangat di kalangan netizen.

“Cepat lupa jasa...” – Chef Wan sedia tunjuk bukti taja perkahwinan Chef Riz & Shikin Maembong
“Cepat lupa jasa...” – Chef Wan sedia tunjuk bukti taja perkahwinan Chef Riz & Shikin Maembong

Semuanya bermula selepas Chef Wan menerusi satu hantaran di Instagram mendedahkan dia menerima surat tuntutan saman dari peguam bekas menantunya itu ekoran dari teguran terbuka yang dilakukannya terhadap Shikin dan juga Chef Riz membabitkan isu anak.

Miskin sangat ke nak saman saya 1 juta?

Di akhir hantaran IG tu Chef Wan menambah:

Miskin sangat ke nak saman saya 1 juta? Kasihan to feel so bitter inside.. Desperate ke? We all have move on pun! So stupid to fight over seorang anak pun. Have u forgotten that u have embarrased me enough? Kasihan kan anak tu sudah lah!...

Mengakui terkilan dengan tindakan tersebut, Chef Wan turut meluahkan sudah penat untuk melayan ‘drama’ berkenaaan memandangkan kedua-dua mereka sudah dewasa dan mampu berfikir.

Malah dia mengingatkan Shikin yang dia telah banyak membantu wanita itu sewaktu dia dalam kesusahan bahkan turut menaja majlis perkahwinan dia dan Chef Riz suatu masa dahulu.

“Masing-masing dah tua. Tolonglah matang. Mahkamah ada banyak isu yang penting. Jangan ditambah lagi isu-isu bodoh nak saman bekas bapa mertua.

“Lupa ke jasa saya bersusah payah kahwinkan kamu berdua guna duit saya 100%? Anak saya dah bersetuju untuk anaknya dijaga ibu (Shikin) cukuplah. Jika dia (Chef Riz) mahu luangkan masa bersama anaknya beberapa hari dalam sebulan biarkan. Itu adalah anaknya,” tulis Chef Wan.

“100% kahwin duit sendiri” – Syikin

Tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut, Syikin kemudian tampil menerusi IG Story menafikan dakwaan yang kononnya dia menggunakan duit Chef Wan untuk mengadakan majlis perkahwinannya.

Malah menurut kakak kepada pelakon, Emma Maembong itu, kenyataan berkenaan adalah fitnah di mana 100% duit dari majlis berkenaan adalah menggunakan wang simpanannya bersama Chef Riz tanpa 1 sen pun menyentuh wang bekas bapa mertuanya itu.

“Saya bukanlah sejenis yang suka mengaibkan atau bercerita tentang peribadi saya dalam Instagram. Tapi keadaan memaksa saya sebab ramai juga yang DM.

“Masa saya kahwin dengan bekas suami duit perkahwinan kami adalah 100 peratus duit sendiri. Ketika itu saya dan suami (Chef Riz)buat perniagaan Elken, kami kumpul duit sendiri. 100 peratus duit sendiri dan tiada satu sen pun daripada bekas bapa mentua saya,” katanya lagi.

Boleh bawa saksi dan bukti cheque bud

Berang dengan penafian tersebut, Chef Wan kemudian memuat naik video yang dikongsikan dan menggelarkan kenyataan sebagai menipu.

Menurut Chef Wan, keadaan kewangan anaknya pada waktu itu tidak begitu stabil untuk menampung kos perbelanjaan perkahwinannya. Justeru dia memilih untuk membantu mereka dan menguruskan segala persiapakan kahwin.

Malah dia bersedia untuk menunjukkan bukti-bukti tersebut iaitu dengan membawa saksi pada hari kejadian selain mencari cheque bud yang masih disimpan.

“Such a liar” – Chef Wan

“Such a liar! I asked my son semasa reception wedding di Ombak Asmara tu jika tak salah dinner for about 100 pax dan segala urusan pelamin siapa yg bayar dan uruskan?

“I can bring my saksi ketika itu mcm aunty Florence and a few others yang ikut sama to help me arrange this ceremony and paid them my self! I am sure i still can find the cheque bud itu. I dont fitnah this stupid person with her innocent face trying to accused me.

“Mesti owner of Ombak Asmara Restaurant di Ampang itu pun tahu, termasuk saksi-saksi tetamu yang datang malam itu yang tahu saya uruskan itu semua.

Wow cepat sungguh kau lupa jasa-jasa aku kawin kan kau orang atas hasil penat lelah aku bekerja lepas tu mengaku openly konon difitnah,” luah Chef Wan panjang lebar.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan