Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Vida tak tolak jika dijodohkan dengan Shuib...”, akhirnya Shuib tampil jelaskan pendirian

Susulan kenyataan 'panas' usahawan kosmetik Dato' Sri Vida yang mengatakan dia terima seandainya ditakdirkan bercinta dengan Shuib, pelawak berkenaan tampil menjelaskan pendirian.

Shuib Sepahtu
Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi — Shuib Sepahtu

Shuib mendedahkan dia dan Vida hanyalah sekadar berkawan atas urusan perniagaan berasaskan makanan dan tidak lebih daripada itu. Malah, Vida bukanlah individu yang sedang 'dikenalinya' buat masa ini.

"Vida bukanlah individu yang sedang saya berkawan sekarang. Walaupun ramai yang cuba meneka dengan menamakan beberapa individu lain, tetapi identitinya biarlah rahsia sebab kami masih dalam peringkat perkenalan.

Baca: “Dia ada ciri-ciri lelaki idaman saya...” – Vida tak tolak jika dijodohkan dengan Shuib

"Sebenarnya saya dengan Vida sudah lama berkawan sejak arwah Siti Sarah masih ada lagi. Kami sama-sama berkolaborasi menjalankan perniagaan Unagi.

"Jadi, tidak mungkinlah saya akan bercinta dengannya. Lagipun kami berdua tak sepadan sebab dia memiliki pengaruh yang terlalu besar dan memiliki segala-galanya. Sementara saya mencari seseorang yang sederhana dan mampu menjaga anak-anak saya yang masih kecil sebaik mungkin," katanya.


Tambahnya lagi, dia enggan berbicara sangat mengenai jodoh dan hanya berserah kepadaNya.

Bagi Shuib, tidak kira siapa yang menjadi bakal isterinya kelak, yang penting wanita itu perlu mendapat persetujuan daripada ibu dan anak-anaknya.

Sumber: Harian Metro


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan