Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Parking macam BERUK, bukan pakai kereta besar pun. Susah sangat ke nak letak elok-elok...”

Sudah terang lagi bersuluh kereta yang diparkir seorang wanita terkeluar daripada petak sehingga memakan ruang parkir pengguna kenderaan lain mencetuskan pergaduhan di media sosial menarik perhatian netizen.

“Parking macam BERUK, bukan pakai kereta besar pun. Susah sangat ke nak letak elok-elok...”
“Parking macam BERUK, bukan pakai kereta besar pun. Susah sangat ke nak letak elok-elok...”

Menerusi satu hantaran di laman media sosial oleh seorang pengguna yang bernama Fahmi, beliau berasa geram dan tidak puas hati dengan tindakan seorang pengguna wanita menghimpit kenderaannya dengan parkir memakan ruang di petak parkirnya yang boleh mencalarkan keretanya.

“Bukan pakai kereta besar pun. Susah sangat ke nak letak elok-elok dalam petak. Kalau calar kereta aku siap,” katanya.

Menerusi satu hantaran berlainan, pemilik kenari yang juga seorang wanita, membalas dengan menjelaskan bahawa perbuatan menghimpit kenderaan lelaki terbabit merupakan satu fitnah ke atas dirinya.

“Nak cari publisiti kan, fitnah saya. Dia yang datang himpit kereta kenari saya. Jatuhkan maruah saya dan kenari saya.

“Berani kerana benar, bersaksikan Allah tolong buka dan baca kisah Kenari lawan Viva. Selamat malam Fahmi, tidur lena ya,” ujarnya lantang.

Perkongsian itu turut mendapat pelbagai reaksi yang mencuit hati pengguna platform media sosial dan ada yang membuat usikan nakal mendoakan kedua-dua pengguna ini bertemu jodoh.


“Kalau dua-dua masih bujang, elokla berkahwin, mesti bahagia macam drama Melayu mula-mula benci tapi makin lama akan sayang,” jelas Zin Yusof.

“Perempuan memang selalu benar tetapi kes ini saya tidak sokong perempuan ini,” ujar FallerYstia Sintom.

“Masalah rumah tangga jangan dibawa ke jalanan/parkir,” tulis Amnur Aiza. – K! Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan