Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Makin cantik, makin kurang kain...” — Nad Zainal dikecam netizen berpenampilan seksi

Dinasihatkan segelintir peminat agar segera bertaubat kerana semakin berpenampilan seksi, pelakon versatil Nad Zainal memaklumkan, dia tidak mahu terlalu pusing tentang pendapat orang terhadap dirinya.

Nad Zainal mencuri tumpuan dan buah mulut netizen dengan penampilan seksi terbaharu yang dikongsinya dalam media sosial.
Nad Zainal mencuri tumpuan dan buah mulut netizen dengan penampilan seksi terbaharu yang dikongsinya dalam media sosial.

Kata Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin, dia lebih rela menjadi diri sendiri daripada terlalu memikirkan pendapat orang terutama berkaitan penampilan diri yang sudah terang lagi bersuluh, sentiasa terikat dengan tuntutan kerja seni.

“Ramai yang terima kecam itu ini sebab saya pakai seksi tapi saya memang jenis malas ambil pusing.

“Baju yang saya pakai di tempat kerja adalah ‘uniform’ kerja saya. Saya hanya menjadi diri sendiri kalau itu yang orang di luar runsingkan,”katanya kepada Kosmo! Online sebentar tadi.

Jarang menghampakan peminat dari segi terjemahan karakter dan penghayatan emosi peranan yang dijayakan sama ada di skrin televisyen mahupun layar perak, Nad berkata, seksi atau tidak, perihal berkenaan merupakan sesuatu yang bersifat subjektif.

“Terpulang mata mereka yang melihat. Saya tiada titipan nasihat buat orang yang suka mengecam tapi saya nak cakap, saya hanya akan menjadi diri sendiri.

Nad Zainal dikecam netizen berpakaian seksi
Nad Zainal dikecam netizen berpakaian seksi

“Dan, saya juga akan ‘all-out’ (beri yang terbaik) dalam setiap kerja atau watak diberi. Kalau orang suruh saya taubat sebelum terlambat apa semua, terima kasih untuk ingatan itu semua.’Baju saya pakai adalah ‘uniform’ kerja saya’

“Seksi atau tidak, saya sentiasa janjikan dalam lakonan yang saya jayakan bahasa saya sentiasa beri yang terbaik. Itu janji saya,” katanya lagi.

Terdahulu, Nad, 32, mencuri tumpuan dan buah mulut netizen dengan penampilan seksi terbaharu yang dikongsinya dalam media sosial.

Menerusi hantaran dalam Instagramnya, Nad berkongsi beberapa keping foto memaparkan dirinya difahamkan sedang terlibat dengan penggambaran bagi sebuah produk berjenama.


Tampil cantik dan lengkap dengan gaun berwarna merah hati, Nad sasaran kecaman netizen kerana disifatkan terlalu seksi dan tidak sesuai dengan dirinya.

“Makin cantik, Makin kurang kain. Berlakon best.

“Makin tunjuk benda tersembunyi. Mohon taubat semua. Saya pun perasan juga semenjak makin kurus ni, ish tak tahulah. Baju ambil vaksin. Kasihan laki kau kak,” tulis netizen.

Sebelum ini, ibu kepada dua cahaya mata tersebut pernah dikecam netizen gara-gara penampilan seksinya ketika bercuti bersama rakan-rakan selebriti lain di Pulau Bali, Indonesia beberapa tahun lalu.

Rata-rata peminat menyifatkan Nad sepatutnya menjaga tatasusila sebagai seorang isteri dan ibu, lebih-lebih lagi dia yang jarang sekali terpalit dengan kontroversi berpakaian seksi. – K! ONLINE


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan