Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Kes bunuh pensyarah Palestin: Suspek mengaku terima arahan Mossad Israel

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa Palestin hari ini mengesahkan telah menahan seorang suspek pembunuhan pensyarah Universiti Kuala Lumpur British Malaysian Institute (UniKL BMI), Dr Fadi M R Al Batsh Fatma.

Dr Fadi M R Al Batsh Fatma
Dr Fadi M R Al Batsh Fatma dibunuh oleh ejen Mossad

Jurucakap Kementerian Dalam Negeri dan Keselamatan Negara, Iyad Albizm, dalam satu kenyataan berkata, individu itu telah ditahan di Palestin, namun tidak mendedahkan lokasi serta tarikh penahanannya.

"Agensi Keselamatan Palestin sentiasa menjalankan siasatan susulan terhadap kes pembunuhan syahid Fadi Albatsh (Dr Fadi) di Malaysia pada 21 April 2018.

"Melalui siasatan berterusan yang dijalankan oleh pihak Keselamatan Dalam Negeri, pengakuan seorang individu yang ditahan menunjukkan penglibatannya dalam pembunuhan asy-syahid Albatsh (Dr Fadi) atas arahan agensi Mossad Israel.

"Siasatan kes itu masih diteruskan," katanya dalam kenyataan ringkas diterima Astro AWANI, hari ini.

Terdahulu, media Malaysia hari ini melaporkan, suspek pembunuhan Dr Fadi dipercayai sudah ditahan di Gaza.


Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman dalam hantaran terbaharunya di Facebook, pagi ini mengesahkan penahanan lelaki terbabit.

"Berita tersebar pagi tadi bahawa pengintip dan pembunuh Imam Fadi Al-Batsh di Kuala Lumpur pada 2018 berjaya ditangkap di Gaza oleh pihak keselamatan

Sumber : Sinar Harian


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan