Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Jika suka sangat nak viral², baik jadi wartawan...” – Dayana Roza kecam video tular fitnah pemandu lori

Aktres Dayana Roza menggesa orang ramai khususnya netizen membuang sikap suka menularkan sesuatu perkara dalam media sosial tanpa sebarang usul periksa sehingga boleh menimbulkan fitnah.

Dayana Roza kecam video tular fitnah pemandu lori
Dayana Roza kecam video tular fitnah pemandu lori

Dayana yang mengulas mengenai isu video viral kemalangan melibatkan seorang pemandu lori yang meninggal dunia akibat serangan jantung itu turut memberitahu dia sudah memadam rakaman yang dimuat naik dalam Instagramnya bagi menghormati keluarga mangsa.

“Saya padam video tersebut kerana tidak sanggup melihat keadaan dan demi menghormati arwah. Tidak elok berkongsi video tersebut terlalu lama, cukuplah saya sudah meluahkan perasaan.

“Rasa marah sangat dengan tukang rakam dan viral tersebut. Semoga budaya merakam dulu kemudian baru menolong tiada lagi di Malaysia. Jadilah manusia yang menggunakan akal, hati dan perasaan sebaik-baiknya,” luahnya dalam satu entri Instagram semalam.

Pelakon drama I Promise Janji Anaqi itu turut memohon agar orang ramai dapat membuang sikap suka berprasangka buruk terhadap individu lain yang tidak dikenali terutama dalam media sosial.

Sempat berseloroh, Dayana juga meminta mereka yang gemar menularkan sesuatu perkara dalam media sosial memohon kerja sebagai wartawan kerana bidang pekerjaan tersebut mampu memberikan pendapatan tetap.

“Sudah tahun 2022, janganlah negatif sangat, suka menuduh, fitnah. Semua sikap tersebut perlu dibuang sebab mungkin kita pandang seseorang itu jahat tetapi kita tidak tahu kebaikan yang dia lakukan lebih banyak daripada kita.

“Simpan telefon bimbit, hulurkan tangan untuk membantu orang dalam kesusahan. Tidak viral orang tak nampak tak mengapa tetapi Allah SWT nampak.

“Jika suka sangat nak viral-viral, lebih baik jadi wartawan. Ada juga gaji daripada viral percuma sahaja. Semoga jadi pengajaran untuk kita supaya jadi manusia bertanggungjawab,” ujarnya.


Semalam, tular berita sepasang suami isteri menafikan bahawa mereka merupakan perakam video kemalangan membabitkan seorang pemandu lori yang terkena serangan jantung semasa memandu di kawasan berhampiran Kilang Daikin di sini kelmarin.


Terdahulu, tular sebuah video berdurasi 48 saat memaparkan seorang wanita menuduh pemandu lori terbabit mabuk selepas melanggar beberapa buah kenderaan di lokasi.

Baca: “Jangan buat spekulasi...” Pemandu lori meninggal, sebenarnya kena serangan jantung, bukan mabuk

Salah seorang rakan mangsa menerusi satu perkongsian klip video di laman aplikasi TikTok dikenali Siva menjelaskan rakannya itu terkena serangan jantung dan sudah meninggal dunia. – K! ONLINE


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan