Pastinya banyak kawasan yang terjejas terutamanya di kawasan lembah Klang serta ribuan mangsa juga turut terasa ‘peritnya’. Malah lebih menyedihkan, ada juga nyawa-nyawa yang tidak berjaya diselamatkan.
Dapat kita lihat menerusi video-video yang tersebar di media sosial dimana terdapat tanah runtuh, penutupan jalan, pokok tumbang, rumah yang ‘lesap’ dibawa arus deras dan air banjir meningkat sehingga ke paras bahaya dimana kenderaan yang berada di kawasan parkir mahupun di jalan raya tenggelam.
Selain selangor, terdapat juga kawasan di sekitar negeri pahang yang turut terjejas dan ramai yang hilang tempat berteduh.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @zhafrihassanzuzu, memaparkan mangsa banjir terpaksa berkhemah di tepi jalan selepas rumah mereka dinaiki air.
Bukan itu sahaja malah penduduk yang dipercayai daripada Mentakab, Pahang dilihat terpaksa mendirikan khemah di tepi jalan dan dapajuga kita lihat mereka membawa barangan berharga bersamanya termasuklah makanan, dapur memasak, katil dan bermacam-macam lagi.
Salah seorang makcik yang tinggal di khemah itu memberitahu, setiap kali banjir berlaku, kebanyakan penduduk akan menumpang di rumah sedara mara mereka dan ada juga di antara mereka yang akan berkhemah di tepi jalan sepertinya.
“Makcik pindah sendiri. Ada yang duduk rumah anak, kita orang ni bila banjir kat sinilah tempatnya,” kata makcik tersebut.
Sumber video : zhafrihassanzuzu
Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 45.1K tontonan, 3373 tanda suka, 238 komen dan 486 perkongsian di TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berpendapat ianya sangat bahaya buat keselamatan namun buat mereka, itu adalah perkara biasa bagi penduduk di sana kerana banjir seringkali berlaku di situ.
0 Ulasan