Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Kalau macam ini, senang kerja penculik..”— Bayi merangkak seorang diri di hadapan rumah

Kelekaan ibu bapa dalam menjaga anak-anak terutamanya yang masih kecil boleh mengundang banyak perkara yang tidak diingini.

“Ini kalau macam ini, senang kerja penculik..”— Bayi merangkak seorang diri di hadapan rumah

Video berdurasi 10 saat yang dikongsi di Facebook Love Kuala Selangor, memaparkan seorang bayi sedang merangkak di luar kawasan perumahan berseorangan tanpa peamntauan ibu dan bapanya.

Namun lokasi dan kejadian tidak dapat dipastikan.

Rata-rata orang ramai menyelar kelekaan ibu bapa kepada bayi itu.

“Ya Allah, kalau (usia) dua atau tiga tahun boleh terima lagi, ini bayi, memang kena maki mak ayah dia ini.

“Teruk betul, macam mana bayi boleh merangkak macam itu? geramnya lah aku,” tulis Muhammad Nur Arif.

“Anak siapa lah ini, kunci pintu bukan susah pun, teringin sahaja nak maki mak dan bapa budak ini,” kata Nur Miskinah.

Sementara itu, Normaliza Osman turut meninggalkan komen.

Pautan Video: Bayi merangkak seorang diri di hadapan rumah

“Ini kalau macam ini, senang kerja penculik, bila anak hilang mula la, pagar rumah itu tutup la,” ujarnya. – K! ONLINE


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan