Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat...”

Baru-baru ini, tular video memaparkan aksi mesra pelakon berbadan sasa, Zul Ariffin dan pelakon Ruhainies sehingga ada yang mengatakan mereka seperti pasangan kekasih.

“Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat...”
“Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat...” - Ruhainies

Malah, ada yang memberi restu jika mereka menjadi pasangan kekasih dan berkahwin. Bagaimanapun, Ruhainies berkata dia dan Zul tiada hubungan istimewa dan hanya sekadar rakan karib sahaja.

“Saya dengan dia (Zul) tidak ada apa-apa hubungan. Memang kami berdua rapat. Sangat rapat. Jadi bila perkara-perkara sebegini tersebar, biasalah netizen akan ‘bersuara’. Ada yang suka dan ada yang tidak suka.

“Video yang pertama dirakam ketika kami sama-sama menghadiri majlis Anugerah Drama Sangat pada Sabtu lepas. Sementara video yang kedua pula dirakam ketika Zul melawat saya di set penggambaran dua hari lalu,” katanya.


Kata Ruhainies lagi, orang luar yang tidak mengenali hubungan rapat mereka mungkin kurang senang melihat kemesraan mereka itu.

“Tapi Zul sangat mengenali saya dan begitu juga sebaliknya.
“Tapi Zul sangat mengenali saya dan begitu juga sebaliknya.

“Tapi Zul sangat mengenali saya dan begitu juga sebaliknya. Dia tahu perangai saya dan saya juga tahu perangai dia. Zul sebenarnya bukanlah seperti apa yang orang ramai fikirkan,” katanya.

Pelakon Zul Ariffn dan Ruhainies mencuri perhatian warganet selepas dilihat terlalu bermesraan menerusi beberapa video yang dimuat naik seorang pengguna di platform TikTok.
Pelakon Zul Ariffn dan Ruhainies mencuri perhatian warganet selepas dilihat terlalu bermesraan menerusi beberapa video yang dimuat naik seorang pengguna di platform TikTok.

Menurut Ruhainies lagi, dia menjelaskan bahawa kedua-dua video tersebut dirakam oleh pembantu peribadinya sendiri sebelum dimuat naik dalam TikTok.
Sumber: Kosmo


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan