Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ini yang ditemui oleh wanita setelah memesan ayam goreng dari sebuah restoran KFC

LONDON – Seorang pelanggan di Britain menyatakan bahawa dia berasa jijik apabila melihat bungkusan hidangan ayam goreng yang dibelinya dari sebuah cawangan restoran makanan segera popular KFC, mempunyai kepala ayam, lapor akhbar New York Post semalam.

Ini yang ditemui oleh wanita setelah memesan ayam goreng dari restoran KFC
Kepala ayam gorang yang ditemui oleh wanita setelah memesan ayam goreng dari restoran KFC

Wanita bernama Gabrielle itu meninggalkan dua bintang ketika memberikan ulasan pada syarikat perkhidmatan penghantaran makanan JustEast setelah memesan hidangan dari restoran makanan segera tersebut di Feltham, Twickenham.

“Saya menemui kepala ayam goreng dalam hidangan kepak ayam saya, membuatkan saya hilang selera,” katanya.

Ulasan itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @takeawaytrauma dan mendapat pelbagai komen netizen.

“Saya benar-benar berharap dapat putar masa selama dua minit untuk tidak melihat perkara ini,” tulis seorang netizen.

Pihak pengurusan restoran makanan segera itu berkata menerusi satu kenyataan di Twitter bahawa mereka keliru bagaimana kepala ayam itu boleh berada dalam hidangan tersebut sedangkan pihaknya melaksanakan proses pengasingan yang tegas.

“Kami benar-benar terkejut dengan gambar ini. Kami sedang menyiasat bagaimana ia boleh berlaku.


“Kadang kala, rancangan yang terbaik sekalipun boleh berlaku kesilapan. Kami anggap perkara ini serius dan akan mengambil langkah selanjutnya dengan pembekal serta melatih pekerja kami untuk mengelak perkara serupa berulang lagi,” kata pihak pengurusan restoran itu seperti laporan akhbar The Sun.

Gabriella diberikan hidangan ayam goreng percuma, malah dia bersama keluarganya dijemput masuk ke dalam restoran untuk melihat sendiri bagaimana penyediaan hidangan dilakukan. – Agensi


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan