Oktovia Manrose akhiri status ibu tunggal, pemain bola sepak Melaka United jadi pilihan hati |
Majlis berkonsepkan perkahwinan tradisional dengan tema Taman Bunga itu dihadiri sekitar 250 tetamu di majlis bertempat di Magica Quill City Mall, Kuala Lumpur, kira-kira pukul 9.30 malam Selasa.
Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan iaitu penyanyi Iwan. |
Pemilik nama sebenarnya Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman, 30, dinikahkan oleh bapa kandungnya iaitu Iwan Dangdut atau nama sebenar Wan Syahman Wan Yunus dengan disaksikan oleh jurunikah, Ustaz Mohd Fairudz Saderi.
Efsan segak mengenakan baju Melayu putih, manakala Oktovia kelihatan anggun mengenakan busana rona sama hasil sentuhan pereka fesyen Ezuwan Ismail.
Antara selebriti yang hadir adalah Uqasha Senrose, Kamal Adli, Emma Maembong, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose yang merupakan rakan-rakan rapat Oktovia mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Oktovia menerima mas kahwin sebanyak RM80 dengan sebentuk cincin berlian dan hantaran lima dulang berbalas tiga kepada pihak lelaki.
Oktovia pernah berkahwin dengan Mohd Izat Abd. Rahman pada 23 Februari 2011 namun rumah tangganya berakhir dengan penceraian pada tahun 2015.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Rayyan Zulkarnain, 10.

0 Ulasan