Menerusi klip video yang dimuat naik ke akaun TikTok bernama @faizmbois itu, wanita tersebut yang sedang memakai kebaya berwarna emas sedang memegang sebuah kotak untuk mengumpulkan wang jemputan perkahwinan.
Kebiasaannya, wang jemputan akan diberikan dengan memasukkan ke dalam sampul surat. Bagaimanapun, kejadian itu mendapat perhatian netizen kerana rata-rata tetamu yang hadir tidak berbuat sedemikian.
Malah, ada tetamu yang menghulurkan wang lalu meminta baki dipulangkan.
Wolipop telah menghubungi Nur Faizin atau dipanggil Faiz Mbois sebagai jurugambar yang telah merakam dan memuat naik video tersebut.
Lelaki berusia 33 tahun itu berkata, tindakan memberi wang tanpa sampul surat, malah meminta baki sudah menjadi tradisi dipanggil ‘Tilikan’ di tempat tinggalnya.
Netizen mula membanjiri ruangan komen.
‘’Wah dapat wang baki ni,’’ tulis seorang netizen.
‘’Macam ada perubahan ya,’’ tulis netizen lain.- Agensi
0 Ulasan