Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Al-Fatihah... Datuk Osman Sapian, Bekas MB Johor telah kembali ke rahmatullah

JOHOR BAHRU: Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian meninggal dunia di rumah anaknya di Damansara, Kuala Lumpur, pada jam 11.45 malam tadi.

Datuk Osman Sapian, Bekas MB Johor kembali ke rahmatullah
Perkara itu disahkan oleh abangnya, Datuk Aziz Sapian.

"Saya diberitahu mengenai pemergiannya oleh salah seorang adik saya lebih kurang (pukul) 11 malam tadi. Buat masa ini, ahli keluarga di Kuala Lumpur sedang menguruskan urusan jenazahnya," katanya.

Pada 13 Oktober lalu, Osman, 69, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas dan Ketua Bahagian BERSATU Ayer Hitam dilaporkan dimasukkan ke Hospital Pakar KPJ Johor di sini selepas diserang strok ringan.

Pada November lalu beliau dilaporkan dirawat di Hospital Pengajar Universiti Putra Malaysia (HPUPM), Selangor.

Osman dilantik sebagai Menteri Besar Johor ke-16 selepas Pilihan Raya Umum pada 2018. Beliau adalah menteri besar bagi tempoh 12 Mei 2018 sehingga 8 April 2019. – BERNAMA

Sedekahkan Alfatihah keapada ruh arwah.

al fatihah


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan