Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Baby Shima dikecam netizen, dilabel “betina”, dituduh guna wang haram bantu mangsa banjir

Penyanyi Baby Shima terkilan apabila niat baiknya menghulurkan sumbangan kepada mangsa banjir melalui jualan baju terpakai menggunakan platform TikTok mendapat kecaman hebat netizen.

Baby Shima dikecam netizen, dilabel “betina”, dituduh guna wang haram bantu mangsa banjir
Baby Shima dikecam netizen, dilabel “betina”, dituduh guna wang haram bantu mangsa banjir 

Lebih menyedihkan, penyanyi berusia 26 tahun itu turut dilemparkan kata-kata kejian sehingga ada yang menuduh hasil jualan pakaian Baby Shima sebagai duit haram.

“Ramai yang ambil kerja Tuhan. Bila saya menari, ramai yang kecam. Bila saya bantu mangsa banjir pun saya tetap dimaki dengan teruk. Mungkin nama Baby Shima sesuai untuk dikecam,” katanya pemilik nama lengkapnya Nor Ashima Ramli ketika dihubungi dihubungi Kosmo! Online.

Pelantun agu Roadblock Hatiku itu juga mengakui terkejut membaca komen-komen netizen yang tetap mengeji dirinya walaupun ketika melakukan kerja kebajikan. Dia tidak faham mengapa dirinya menjadi sasaran netizen biarpun cuba melakukan kebaikan.

“Manusia bila kita tunjuk kita sedang bantu orang, dituduh kita riak. Kena hina hanya kerana kekurangan diri sendiri.

“Bila kita bantu senyap-senyap, kata kita tidak turun padang. Pada semua jangan menilai apa yang didermakan melalui kesalahan seseorang itu atau disebabkan penampilan mereka. Kita semua manusia biasa, tiada hak untuk menilai orang itu baik atau tidak,” ujarnya.

Shima dalam pada itu menasihati orang ramai dan juga dirinya sendiri supaya jangan cepat mencari kesalahan orang lain sedangkan diri sendiri juga melakukan kesalahan.

“Kepada semua dan kepada diri saya sendiri juga, jangan cepat mencari kesalahan orang lain. Kadang-kadang kita pun ada kesalahan yang kita buat dan lebih banyak daripada orang lain. Kita sendiri kena sedar,” jelasnya.

Melalui jualan baju terpakai, Baby Shima berharap dapat menyumbang kepada kelab peminatnya iaitu Babyshima Supporter untuk diagihkan terutama kepada mangsa banjir di Klang, Shah Alam dan Kuantan.

Terdahulu, Baby Shima mengambil inisiatif sendiri untuk menjual baju-baju terpakai miliknya dalam aplikasi TikTok untuk membantu peminatnya yang terkesan akibat bencana banjir.

@babyshimaofficial

kenyataan ku terima….. ##babyshima ##fyp ##cintadarimu

♬ Cinta Darimu - Babyshima

Namun niat baik penyanyi itu telah dicemari dengan komen-komen negatif oleh netizen termasuk dituduh menggunakan wang haram untuk membantu mangsa banjir.

Artikel: Kosmo Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan