Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Sadis !! Anak 'Setan' Tergamak Lakuan Ini Pada Ibu Kandung Sendiri

ARAU: Seorang wanita warga emas cedera parah di rusuk kirinya selepas ditikam dengan keris oleh anak lelakinya di kediaman mereka di sini, hari ini.

Kejadian sekitar jam 10 pagi di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Arau di Jalan Rani Estate, di sini apabila berlaku perselisihan faham antara suspek berusia 31 tahun itu dengan ibunya yang berusia 60 tahun di dalam rumah mereka.

Sadis !!  Anak 'Setan' Tergamak Lakuan Ini Pada Ibu Kandung Sendiri


Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, perselisihan faham antara dua beranak itu dipercayai membabitkan hal dalaman keluarga.

"Apabila perselisihan faham itu mencapai kemuncaknya suspek yang berang dengan ibunya kemudian mencapai senjata keris yang dijadikan sebagai hiasan dalam rumah berkenaan sebelum menikam di bahagian belakang rusuk kiri mangsa.

"Dengan satu tikaman, mangsa rebah berlumuran darah di perkarangan rumah dan jiran yang menyaksikan kejadian berkenaan menghubungi polis," katanya kepada pemberita dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau, di sini hari ini.

Katanya, polis menerima laporan berhubung kejadian berkenaan sekitar jam 10.45 pagi dan kemudian menahan suspek yang berada dalam rumah berkenaan.

"Selain itu, polis turut merampas keris berukuran 30 sentimeter yang digunakan suspek untuk menikam mangsa. "Pemeriksaan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau serta tiada aduan suspek pernah mencederakan orang lain sebelum ini," katanya.

Ahmad Mohsin berkata, siasatan awal polis mendapati suspek sudah lama mendiami rumah keluarganya itu bersama ayahnya dan mangsa."Suspek adalah anak keempat daripada lima adik beradik serta masih belum berkahwin dan kita masih menyiasat punca sebenar perselisihan faham yang membawa kepada kejadian berkenaan.

"Suspek kini ditahan di IPD Arau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan menggunakan senjata tajam," katanya.

Mangsa pula kini dirawat di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar dan difahamkan berada dalam keadaan stabil.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan