Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Polis Jerman temui permata, barang kemas rompakan muzium Dresden 3 tahun lalu

FRANKFURT: Pihak berkuasa Jerman berjaya menemukan sebahagian besar permata dan barangan kemas abad ke-18 yang dicuri dalam insiden rompakan mengejutkan di muzium negara hampir tiga tahun lalu.

Polis Jerman temukan permata dan barang kemas hasil rompakan muzium Dresden
POLIS Jerman berjaya menemukan permata dan barangan kemas berharga yang dirompak dari muzium Green Vault di Dresden pada tahun 2019.-AFP

Menurut polis dan pendakwa raya, pihak berkuasa berjaya mendapatkan semula sejumlah 31 barangan kemas dalam operasi yang dijalankan dua hari lalu di ibu negara Berlin.

Penemuan itu berlaku selepas perbicaraan enam suspek berhubung rompakan besar-besaran pada waktu malam di muzium Green Vault di bandar timur Istana Diraja Dresden pada November 2019.

Sekumpulan perompak merampas sebanyak 21 barang kemas dan pelbagai barangan berharga lain daripada koleksi pemerintah Saxon Augustus the Strong yang bertatahkan lebih 4,300 berlian.

Pakar insurans berkata, jumlah keseluruhan rompakan itu bernilai lebih 113.8 juta euro (RM533 juta) pada kadar semasa, dengan media Jerman menggelarnya sebagai rompakan seni terbesar dalam sejarah moden.

Permata itu termasuk pedang dengan gagang bertatahkan berlian dan pelindung bahu yang mengandungi berlian putih Dresden 49 karat yang sangat terkenal.

Penemuan tersebut berjaya dibuat hasil perbincangan serta penerokaan antara pihak pembelaan dan pendakwaan ketika perbicaraan mengenai kes tersebut.

Polis khas ditugaskan mengiringi barang-barang berharga prasejarah yang dijumpai di Berlin kembali ke Dresden dan pakar kini sedang meneliti untuk mengesahkan ketulenannya.

Bagaimanapun, terdapat beberapa lagi barangan berharga yang masih hilang antaranya kerongsang milik Ratu Amalie Auguste dari Saxony.

Suspek yang dibicarakan berikutan serbuan itu adalah kumpulan dipanggil ‘puak Remmo’ iaitu sebuah keluarga besar yang terkenal dengan rangkaian jenayah terancang di Jerman.- AFP



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan