Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Bukti ‘cinta sejati’, isteri sanggup turun naik tingkat 4 gendong suami kelainan upaya

Cinta sejati yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindakbalas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah. Ungkapan ini bersesuaian buat insan yang mendirikan rumah tangga di mana mereka saling melengkapi kelebihan dan kekurangan masing masing.

Bukti ‘cinta sejati’, isteri sanggup turun naik tingkat 4 gendong suami kurang upaya
Bukti ‘cinta sejati’, isteri sanggup turun naik tingkat 4 gendong suami kelainan upaya

Lazimnya dalam berumah tangga, pasangan suami isteri pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan yang menjadi ‘asam garam’ kehidupan. Ada yang sanggup hidup susah senang bersama-sama, tetapi apabila sudah mula berharta, ada pasangan akan mula lupa jasa dan pengorbanan pasangan mereka.

Kata orang, kesetiaan seorang isteri diuji di saat suami tidak mempunyai apa-apa lagi dan kesetiaan seorang suami diuji di saat dia mempunyai segalanya. Hakikatnya, tidak ramai pasangan yang sanggup susah dan senang bersama.

Namun berbeza buat wanita ini yang sanggup menjaga suaminya, seorang kelainan upaya (OKU). Pengorbanan serta kegigihan wanita ini ketika menjaga suaminya telah mengundang perhatian dan sebak orang ramai.

Kisah wanita yang dikenali sebagai Cikgu June itu dimuat naik di laman TikTok oleh seorang aktivis kemanusiaan iaitu Hamsatul Hamzah yang tampil menghulurkan bantuan kepada pasangan tersebut baru-baru ini.

Menerusi perkongsian melalui TikTok tersebut, dilihat Cikgu June sedang menggendong suaminya, Mazlan Othman turun dan naik dari tingkat empat. Difahamkan, Cikgu June sering menggendong suaminya dan telah menjadi rutin setiap kali suaminya perlu mendapatkan rawatan susulan di hospital.

“Memahami kepayahan yang dihadapi oleh seorang isteri yang tabah dan setia, di mana setiap kali adanya rawatan susulan di hospital, dia akan menggendong suaminya yang sakit dari tingkat empat kediaman mereka sehingga ke bawah.

“Tanpa rasa jemu sentiasa berada disamping suami tiap kali adanya janji temu berjumpa dengan doktor,” tulis Hamsatul Hamzah.

Hamsatul Hamzah yang memuat naik video tersebut telah mendapatkan kerjasama Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat untuk meringankan beban pasangan tersebut.

Bukti ‘cinta sejati’, isteri sanggup turun naik tingkat 4 gendong suami kelainan upaya

“Kini, beban itu dapat dikurangkan apabila Persatuan OKU Berdaya Hulu Langat bersama-sama membantu dia membawa suaminya ke hospital.

“Semoga Allah mempermudahkan segala urusan Cikgu June sekeluarga dan Allah mengurniakan sebaik-baik kesembuhan buat suami dia,” katanya.

Ramai turut mendoakan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar wanita tersebut terus kuat menghadapi ujian dan mendoakan agar suaminya sentiasa sihat. Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih lebih 305.5K tontonan, 21.7 kesukaan, 2733 perkongsian dan 3164 komen.

“Ya Allah berilah kekuatan berterusan kepada isterinya untuk menjaga

“MasyaAllah Allahuakbar… Moga Allah ganjarkan syurga buat makcik.. Dan moga makcik dan pakcik juga sabar atas ujian ini… 😢😢” suaminya…” 😭😭😭😭

“Hebat cikgu ni. Sebelah kaki dah dalam syurga Inn shaa ALLAH..”

“Sungguh mengharukan pengorbanan seorang isteri”

“Ya Allah kurniakan lah kebahagiaan berpanjangan utk kedua mereka..aamiin”

Artikel berkaitan: Pengorbanan suami – maut nahas motosikal kerana berulang-alik jaga isteri sakit

MasyaAllah, sesungguhnya besar pengorbanan seorang wanita yang bergelar isteri ini. Apa yang dilakukan bukanlah sesuatu yang mudah, tapi atas dasar cinta dan kasih, dia tidak pernah mengeluh. Semoga pengorbanannya dibalas di syurga kelak.

Sumber: TikTok



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan