Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tengking pekerja, sepak bakul, ‘marketing’ meIampau kilang jahit buat netizen menyampah

Tengking pekerja, sepak bakul, strategi ‘Marketing’ meIampau kilang jahit buat ramai netizen menyampah. Marketing sememangnya sangat penting dalam sesebuah perniagaan dan secara tidak langsung ia akan menarik minat lebih ramai pembeli.

Tengking pekerja, sepak bakul, ‘Marketing’ meIampau kilang jahit buat netizen menyampah
Tengking pekerja, sepak bakul, ‘Marketing’ meIampau kilang jahit buat netizen menyampah

Walauagaimanapun, ada segelintir usahawan pada masa kini yang seolah-olah tidak berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara dan akhirnya hanya mengundang ‘kecaman’ ramai dan memboikot perniagaan mereka. Ada yang melakukan marketing murahan yang nyata menimbulkan rasa kurang senang orang ramai.

Sama juga seperti kisah yang tuIar baru-baru ini di mana seorang wanita menengking pekerja di sebuah kilang nyata menjadi bahan bualan ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @mariyahholdings, kelihatan pada awalnya dia menengking semua pekerjanya yang berada di dalam kilang tersebut.

Namun begitu, video berkenaan telah dipadam oleh pemilik akaun tersebut. Pautan asal video di sini.

Namun apa yang lebih parah, wanita ini turut dilihat menendang bakul yang dipenuhi pakaian sehingga terbalik dan jatuh berselerakan.

Walaupun ada yang mendakwa itu hanyalah marketing dan content semata-mata namun tetap keterlaluan dan tiada adab.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet akui jika menjadi pekerja di syarikat tersebut pasti mereka akan menjadi orang yang terawal meletakkan jawatan.

Tengking pekerja, sepak bakul, ‘Marketing’ meIampau kilang jahit buat netizen menyampah

Bukan itu sahaja, ada juga yang mengatakan tindakan menengking dan memarahi pekerjaa hanya akan membuatkan mereka bekerja dalam ketakutan.

Bagaimana pun, dikatakan perlakuan dalam video hanyalah sekadar gimik dan makerting semata-mata malah pihak mereka ada juga memuat naik sebuah lagi video memaparkan wanita tersebut menyantuni para pekerjanya dengan baik.

– Sumber & video dipetik dari YN, TikTok


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan