Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pasangan kembar tujuh tahun maut dirempuh motorsikal Harley Davidson ketika pergi ke kelas mengaji

PASANGAN kembar berusia tujuh tahun di Desa Tunggilis, daerah Kalipucang, wilayah Pangandaran, Jawa Barat, Indonesia meninggal dunia selepas dilanggar dua penunggang motosikal berkuasa besar jenis Harley Davidson.

Pasangan kembar tujuh tahun maut dirempuh Harley Davidson ketika ke kelas mengaji
Pasangan kembar tujuh tahun maut dirempuh Harley Davidson ketika ke kelas mengaji

Kemalangan itu terjadi di Jalan Raya Banjar-Pangandaran, pada Sabtu (12 Mac).

Ketua Polis Daerah Kalipucang, Iptu Iman Sudirman berkata, kemalangan berlaku ketika kedua-dua budak itu cuba melintas jalan ke sekolah agama dari arah Banjar ke Pangandaran.

"Saksi mendakwa penunggang motosikal itu kelihatan menunggang secara melulu dan laju.

"Motosikal terbabit dikatakan sukar dikawal hingga terbabas ke dalam parit,” katanya seperti dipetik portal Detik.com.

MOTOSIKAL Harley Davidson yang merempuh pasangan kembar dalam kejadian di Jawa Barat.
MOTOSIKAL Harley Davidson yang merempuh pasangan kembar dalam kejadian di Jawa Barat.

Tambah Sudirman, kedua-dua penunggang motosikal itu telah ditahan pihak polis.

Sementara itu, seorang penduduk tempatan bernama Hendi, 27, berkata, kedua-dua mangsa cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa pertama dilanggar sebuah motosikal berwarna putih, manakala seorang lagi motosikal berwarna hitam,” kata Hendi. — Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan