Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lelaki warga asing cuba bunuh diri, naik atas bumbung rumah, ikat tali pada wayar elektrik

ALOR SETAR – Seorang lelaki dipercayai warga asing berjaya dipujuk anggota bomba dan polis ketika cuba membunuh diri di atas bumbung sebuah rumah teres setingkat di Kampung Hulu di sini semalam.

Lelaki warga asing cuba bunuh diri, naik atas bumbung rumah, ikat tali pada wayar elektrik
Lelaki warga asing cuba bunuh diri, naik atas bumbung rumah, ikat tali pada wayar elektrik

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.40 malam itu, lelaki berusia lingkungan 30-an terbabit dipercayai mahu menggantung diri menggunakan tali yang diikat pada wayar elektrik berhampiran rumah tersebut.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Raja di sini, Pegawai Bomba Kanan II Arizal Mahmud berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira pukul 7.47 malam.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, individu itu didapati masih berada di atas bumbung rumah.

“Dia pada awalnya enggan untuk turun ke bawah ketika dipujuk komander operasi, namun turun setelah ketibaan pihak polis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Baca juga:
  1. [Video] Cubaan bunuh diri, bomba halang pemuda terjun dari Menara Kuala Lumpur
  2. Kecewa awek tak jawab call, lelaki alami tekanan perasaan cuba terjun dari tingkat 18 tetapi tidak jadi

Menurutnya, lelaki terbabit kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – Kosmo Online



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan