Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Dengan rokok di mulut, Lelaki Ukraine ini selamba alihkan periuk api dengan tangan kosong

Walaupun Moscow telah meletakkan pasukan nuklearnya dalam keadaan berjaga-jaga sementara tentera Ukraine menentang pencerobohan Rusia sejak empat hari lalu, kisah keberanian terus muncul dari negara yang dilanda perang itu.

Dengan rokok di mulut, Lelaki Ukraine ini selamba mengalihkan periuk api dengan tangan kosong
Gambar tangkap layar dengan rokok di mulut, Lelaki Ukraine ini selamba mengalihkan periuk api dengan tangan kosong

Pertempuran telah meragut berpuluh-puluh nyawa orang awam, memaksa ratusan dan ribuan rakyat Ukraine melarikan diri ke barat akhirnya menyebabkan tujuh juta orang kehilangan tempat tinggal. Tetapi, ramai yang memilih untuk tidak berundur, berjuang, mempertahankan tanah mereka.

Satu kisah keberanian seorang lelaki dari Berdyansk, sebuah bandar pelabuhan di tenggara Ukraine, mengalihkan periuk api dengan tangan kosong telah dirakamkan dalam klip video dan dimuatnaik di laman Twitter.

Dilaporkan lelaki yang berani itu - memakai kot puffer hitam dan seluar jeans - menjumpai periuk api di tepi jalan di Berdyansk sebelum dengan tenang memindahkannya ke dalam hutan.

Rakaman menunjukkan lelaki tersebut membawa bahan letupan itu melintasi jalan jauh dari jambatan sambil dia menghisap rokok.

Klip yang disiarkan oleh akaun Twitter The New Voice of Ukraine itu telah ditonton lebih 1 juta kali. Periuk api dalam klip itu adalah jenis anti-kereta kebal, menurut laporan dari Daily Mail.

Ia berlaku ketika Kiev dan Moscow bersedia mengadakan rundingan damai dengan pegawai-pegawai diplomat dijadualkan bertemu di sempadan Belarus.

Menteri Luar Ukraine, Dmytro Kuleba berkata, rundingan itu diadakan berikutan perbualan antara Presiden Volodymyr Zelenskyy dan pemimpin Belarus, Alexander Lukashenko selepas Belarus dikhuatiri sedang mempersiapkan tenteranya untuk menyertai pencerobohan Moscow.

Zelenskyy sebelum ini enggan berunding di Belarus tetapi menurut Kuleba, Lukashenko memberitahunya ‘tidak akan ada langkah sedemikian’ selagi rundingan yang dirancang itu diteruskan. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan