Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

COVID-19: Paling Tinggi Pernah Direkodkan, Malaysia Catat 31,199 Kes & 55 Kematian

Negara mencatatkan kes harian COVID-19 tertinggi apabila sebanyak 31,199 kes yang telah direkodkan semalam (23 Februari 2022) dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,305,157 kes.

COVID-19: Paling Tinggi Pernah Direkodkan, Malaysia Catat 31,199 Kes & 55 Kematian

Menerusi data di laman web COVIDNOW, 31,080 adalah kes tempatan manakala 119 kes lagi adalah kes import.

Tidak cuma itu, sebanyak 55 kes kematian dicatatkan dan daripada jumlah itu, 23 kes adalah Brought in Dead (BID).

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 32,488 kes.

Setakat tengah malam tadi, sebanyak 277,829 kes aktif dicatatkan dengan 265,339 bersamaan 95.5 peratus pesakit menjalani kuarantin di rumah, 4,460 di Pusat Kuarantin dan 7,725 lagi kes membabitkan kemasukan ke hospital.

Dalam pada itu, 114 kes melibatkan penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 191 kes memerlukan bantuan ventilator.

Sumber: COVIDNOW



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan