Siapa yang selalu pergi airport atau mall dengan memandu kereta sendiri mesti tahu kan caj yang dikenakan ketika parkir kenderaan bukanlah murah, kalau letak kereta dalam tempoh lama, boleh sampai beratus ringgit!
Caj parking cecah RM14K, Honda HR-V ini dah lebih setahun tersadai di parkir airport |
Buat seorang pemilik kenderaan di Indonesia ini pula, caj parkir keretanya telah mencecah sehingga RM14,568 (50 juta Rupiah).
Menurut Voi.ID, sebuah kereta Honda HR-V telah ditemui tersadai di sebuah tempat letak kereta di Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai, Bali baru-baru ini.
Difahamkan, kereta itu telah berada di situ sejak 2020 dan sehingga kini, pemiliknya belum datang menuntutnya.
Ketika diperiksa, Honda HR-V itu masih dalam keadaan baik dari segi luarannya, cuma dah berdebu dan ada yang dah ‘melukis’ atas debu kereta.
Buat masa kini, identiti pemilik kereta putih itu belum lagi dikenal pasti, dan pihak polis Bali sedang mencari pemiliknya menggunakan maklumat dari nombor plat kereta.
Baca juga: [Video] Kenapa pemilik Tesla ini nekad meletupkan keretanya dengan 30kg bahan letupan?Jika nombor tersebut bukan nombor plat palsu, pemiliknya akan dijumpai dengan mudah tapi kalau nombor palsu, rasanya lama jugak nak trace keberadaan tuannya.
Mungkin tuan kereta tu dah beli kereta lain ataupun mungkin juga dia dah tak tinggal lagi di Bali kot.
Sumber: Voi.ID
0 Ulasan