Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Bila tengok orang lain buat gimik, tak mengapalah..” – Aliff Syukri rasa lebih tenang tanpa kontroversi

TRANFORMASI perubahan dalam hidup, usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui dia kini lebih peka terhadap apa yang dikongsikan di media sosial termasuk dalam soal gimik demi meraih perhatian.

“Bila tengok orang lain buat gimik, tak mengapalah..” – Aliff Syukri rasa lebih tenang tanpa kontroversi
“Bila tengok orang lain buat gimik, tak mengapalah..” – Aliff Syukri rasa lebih tenang tanpa kontroversi

Malah bapa berusia 36 tahun ini menyifatkan keputusan yang dibuat menjadikan hidupnya kini lebih tenang.

“Kalau perasan, semenjak enam bulan kebelakangan ini, saya lebih suka duduk diam, menjauhkan diri tanpa terpalit dengan kontroversi.

“Saya mengakui, dahulunya ketika saya menceburkan diri dari dunia perniagaan ke dunia seni, saya kejar populariti. Saya mahu glamor.

“Ketika itu, saya sedar yang saya ni bukan artis, tapi rupa-rupanya populariti tanpa duit pun, tak memberikan sebarang makna.

“Sekarang, kalau nak cari kontroversi, sangat mudah. Asal ada orang buat isu atau buat hal, saya boleh nak menyelit dan turut memberikan komen sebab pengikut saya di media sosial sangat ramai.

“Saya bukan nak bangga diri, tapi itulah hal sebenarnya. Namun, sekarang saya dah tak mahu perkara sebegitu. Kini saya nak lebih matang, saya rasa lebih tenang.

“Bila tengok orang lain buat gimik itu, buat gimik ini, saya rasa tak mengapalah, semuanya saya dah rasa dulu. Sekarang, saya cuma nak cari ketenangan,” katanya.

Hero filem Badang ini juga menambah, dia tak mahu isu panas yang membelenggu boleh memberikan kesan terhadap anak-anaknya yang kian meningkat dewasa.

“Saya bernikah di usia yang muda jadi anak-anak saya semakin besar. Anak sulung dah masuk tingkatan tiga pun. Bila ada benda viral membabitkan saya, saya segan bila anak-anak tanya.

“Jadi saya fikir, tak mengapa, walaupun kurang panas berbanding dahulu, maruah saya lebih penting,” katanya yang mahu memberikan perhatian terhadap perniagaan.

Terdahulu, Aliff ditemui di majlis Malam Aspirasi D’Herb yang diadakan di Hotel One World, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Tidak hanya sukses dalam perniagaan kosmetik dan penjagaan diri, Aliff dan isterinya, Datin Seri Nur Shahida turut memperkenalkan AS Hijab dua tahun lalu, ketika pasaran terjejas teruk akibat pandemik Covid 19.

Keberanian ini membuahkan hasil sehingga AS Hijab juga berjaya dipasarkan sehingga ke Singa pura, Brunei dan Indonesia dan menjadi antara pilihan ramai dalam pasaran hijab di negara ini.

Lalu kejayaan tersebut turut didorong oleh keazaman pasangan ini untuk terus membantu mereka yang berjaya di dalam perniagaan juga menjadi titik tolak kepada perancangan untuk menubuhkan Akademi DSS (Datin Seri Shahida) yang bakal dilancarkan pada tahun ini.

Akademi DSS ini akan mensasarkan golongan belia dan remaja yang ingin memulakan perniagaan, tetapi tidak tahu bagaimana untuk bermula atau yang ingin mengembangkan perniagaan mereka.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan