Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Saya menangis sebaik sahaja baca mesej...” – Aishah dedah sudah diceraikan melalui whatsapp

PENYANYI yang terkenal dengan lagu Janji Manismu, Aishah memaklumkan bahawa dia kini sudah pun bercerai dengan bekas suami sekitar penghujung tahun lalu. Aishah atau nama sebenarnya Wan Aishah Wan Ariffin,57, mendedahkan bahawa bekas suaminya telah malafazkan cerai talak satu menerusi aplikasi Whatsapp pada 25 Disember 2021.

Wan Aishah Wan Ariffin,57, mendedahkan bahawa bekas suaminya telah malafazkan cerai talak satu menerusi aplikasi Whatsapp pada 25 Disember 2021.
Wan Aishah Wan Ariffin,57, mendedahkan bahawa bekas suaminya telah malafazkan cerai talak satu menerusi aplikasi Whatsapp pada 25 Disember 2021.

"Segala-galanya sudah selesai apabila saya diceraikan talak satu menerusi mesej pada 25 Disember lalu. Bohonglah, jika saya tidak bersedih dengan pengakhiran yang berlaku. Saya bukannya robot. Saya menangis sebaik sahaja membaca mesej yang dikirimkan.


"Namun, saya akur dengan ketentuan takdir. Walau apapun yang berlaku, hidup harus diteruskan," demikianlah kata penyanyi Aishah yang mengesahkan rumah tangganya sudah sampai ke titik noktah apabila bekas suami menceraikannya dengan talak satu melalui aplikasi WhatsApp pada 25 Disember lalu.




Aishah mengakui menangis apabila membaca mesej tersebut. Meskipun kembali hidup bersendirian, Aishah berkata ia bukan perkara baru baginya kerana dua anak lelakinya masih bersama sebagai sumber kekuatan dan hidupnya kini hanya untuk anak-anaknya.

"Ini bukan perkara baharu buat saya. Lagipun, saya pernah melalui pengalaman sama sebelum ini. Masa itu, anak-anak masih kecil lagi. Masih terbayang apabila saya terpaksa mengangkut anak-anak bersama ketika bekerja kerana tiada siapa dapat menjaga mereka.


"Sekarang, anak-anak sudah dewasa dan menjadi tempat untuk saya bergantung harap. Hidup saya kini hanyalah untuk anak-anak," ujarnya yang sebelum ini mendedahkan sudah tidak lagi tinggal sebumbung dengan bekas suami selepas lima tahun mendirikan rumah tangga, pada November tahun lalu.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan