Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Wanita upah dua individu lakukan serangan asid ke atas suami kerana kahwin lain

JAKARTA: Seorang lelaki berusia 47 tahun, M Irsyad dari Dusun III Desa Punggulan, Asahan, Sumatera Utara cedera parah selepas disiram asid pada wajahnya.

Wanita upah dua individu lakukan serangan asid ke atas suami kerana kawin lain
SUSPEK yang merancang dan melakukan serangan asid ditahan untuk soal siasat

CNN Indonesia melaporkan, kejadian berlaku, didakwa dirancang isterinya yang rasa sakit hati apabila suaminya kahwin lain.

Ketua Polis Daerah Asahan, Putu Yudha Prawira berkata, bukan sahaja si isteri, polis turut menahan dua lagi suspek untuk membantu siasatan.

Kejadian berlaku pada 29 Disember lalu ketika anak mangsa, Fani Adityasadli, 23, melaporkan kejadian kepada polis.

Pada awalnya Fani diberitahu bahawa bapanya itu cedera akibat dipukul.

Ketika berada di lokasi, Fani mendapati bapanya mengalami luka bakar di bahagian muka.

Anak mangsa kemudiannya membawa bapanya itu ke Hospital Kisaran untuk rawatan lanjut.

Menurut Putu, semalam, mangsa dan si isteri disoal siasat di Air Joman dan wanita itu mengakui melakukan perbuatan itu terhadap suaminya.

“Dia merancang perkara itu bersama seorang wanita dan seorang lalki dengan upah 3 juta rupiah,” katanya.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan