Tular ‘seorang remaja dipukul 3 lelaki’, Polis tahan suspek untuk bantu siasatan |
Ketua Polis Daerah Taiping, Osman Mamat, berkata semua lelaki berusia 16 hingga 19 tahun itu ditahan pada 9.45 malam semalam oleh sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping.
“Polis telah mengesan sebuah video berdurasi dua minit yang ditularkan menerusi Facebook bertajuk ‘seorang lelaki dipukul’ di kawasan Kuala Sepetang, Taiping.
“Rakaman video itu menunjukkan kejadian seorang lelaki dipukul oleh tiga lelaki,” katanya dalam kenyataan.
Osman berkata, susulan itu pihaknya telah membuka satu kertas siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
0 Ulasan