Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Sedihya... Ibu jadi ‛rider’ Foodpanda, bawa anak mata buta hantar pesanan

JIKA kita merasa diri ini susah, sebenarnya, ada lagi susah perlu menjalani kehidupan. Namun, disebabkan desakan dan tuntutan mencari pendapatan, segala kesulitan perlu diatasi demi menyuap nasi ke mulut sendiri dan keluarga.

Sedihya... Ibu jadi ‛raider’ Foodpanda, bawa anak mata buta hantar pesanan
Gambar tangkap layar video rider Foodpanda wanita yang bekerja sambil membawa anaknya.

Bawa anak jadi rider Foodpanda

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok apabila berkongsi video rider Foodpanda wanita yang bekerja sambil membawa anaknya.

Wanita yang mendukung anaknya di bahagian depan sambil menunggang motosikal.

Hal tersebut membuatkan pengguna TikTok dikenali sebagai @mamayayahumarsoleh berasa begitu sebak dan berharap dapat membantu wanita itu bagi meringankan beban yang sedang digalas. Video diakhir artikel ini.

Ada anak cacat?

Selepas video tersebut tular, seorang rider Foodpanda telah meninggalkan komen dengan mendakwa mengenali wanita itu dan mengesahkan yang dia memang membawa anak ketika bekerja.

Lebih menyedihkan, pengguna TikTok berkenaan memaklumkan yang anak wanita itu tidak berapa sihat kerana mengalami kecacatan pada kedua-dua belah matanya.



Oleh sebab tu ramai yang bertanya tentang lokasi wanita itu bekerja kerana ingin memberikan bantuan agar mampu memberikan sedikit sumbangan kepadanya.

Semoga Allah sentiasa menjaganya

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata berasa simpati dan sebak melihat video tersebut.


Baca juga: Menitis air mata pensyarah ketika terserempak bekas pelajar, bergelut mencari rezeki

Mereka juga berharap agar kakak itu diberi kekuatan, kesabaran dan terus dimurahkan rezeki walaupun berada dalam keadaan yang agak sulit.


Semoga beliau terus sentiasa diberi kesihatan yang baik agar boleh terus mencari rezeki buat diri dan anak tersayang.

Video yang tular

Sumber Video: @mamayayahumarsoleh

Sumber Video: @mamayayahumarsoleh


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan