Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Menggerunkan, seperti kejadian di luar negara, 5 fakta kejadian puting beliung melanda Ipoh

SEPERTI babak filem Hollywood Twister, itulah yang boleh dikatakan tentang fenomena puting beliung menggerunkan yang melanda Ipoh menjadi tular di media sosial.

Menggerunkan, seperti kejadian di luar negara, 5 fakta kejadian puting beliung melanda Ipoh
Menggerunkan, seperti kejadian di luar negara, 5 fakta kejadian puting beliung melanda Ipoh

Kejadian yang berlaku sekitar 6.00 petang itu melibatkan beberapa kawasan di sana termasuk Taman Bertuah, Taman Tasek Damai, Taman Lim dan Kampung Tawas.

Video kejadian yang berlaku pada petang Sabtu itu bertebaran di pelbagai platform media sosial menimbulkan pelbagai respons warga maya. Rata-rata terkejut, malah ada yang beranggapan video dipaparkan adalah kejadian di luar negara.



“Allahuakbar, menakutkan!”
“Penduduk di kawasan itu berkata angin sangat kuat, dengan ramai yang menyifatkan kejadian itu sebagai "dipukul puting beliung".
“Tragedi malapetaka yang berlaku di Malaysia baru-baru ini. Daripada banjir yang membawa maut kepada puting beliung dan taufan hari ini di Ipoh, sesuatu yang tidak pernah didengari sebelum ini.”
“Mula-mula tengok ingatkan video luar negara, rupanya di Ipoh. Moga semua selamat.”
“Ribut sudah macam puting beliung di luar negara. Selalu luar negara sahaja berlaku begini.. Kalau memang sudah mula ada di Malaysia nampaknya kota kena siap sedia pada akan datang mungkin akan berlaku lagi. Doakan semoga dipermudahkan segala urusan kita semua Insha-ALLAH Aamiin.”


Selain itu, komen beberapa penduduk dan individu sekitar Ipoh benar-benar menggerunkan. Masing-masing tidak menyangka kejadian seumpama itu akan berlaku.

“Datang kenduri hari jadi rumah makcik. Ini dalam rumah makcik saya tengah makan-makan dengan anak-anak tiba-tiba lampu jatuh. Ahamdulillah nasib baik dapat mengelak terus bawa anak tempat yang selamat.” 1-Ratusan kediaman dilaporkan rosak akibat angin ribut dan puting beliung di beberapa lokasi termasuk Taman Tasek Damai dan Kampung Tawas.

2-Tidak hanya kemusnahan harta benda disebabkan angin, ia juga kejadian turut menyebabkan beberapa pokok tumbang merentangi jalan dan menimpa rumah penduduk.

3-Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden tersebut pada pukul 6.40 petang.


4-Menurut seorang saksi kejadian, Mita Devi, 36, dia melihat sendiri kejadian puting beliung yang berlaku selama 20 minit dan menerbangkan atap rumah.

5-Menurut peniaga, Yong Chee Fong, 35, selama 20 tahun berniaga di sana, ini adalah kali pertama terjadi ribut kuat. Dia bersyukur 10 pelanggan dan pekerja yang berada di kedainya selamat.

Difahamkan setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan pemantauan sedang dijalankan agensi berkaitan.

Sumber: Sinarplus



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan