Kejadian tanah mendap di Serdang, lima kenderaan yang diletak di tepi tebing rosak teruk |
Penolong Penguasa II Balai Bomba dan Penyelamat Serdang Saharudin Abdul Razak, berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian kira-kira 6.38 petang, namun ia tidak membabitkan sebarang mangsa.
Menurutnya, lima kenderaan tersebut diletakkan di hadapan bengkel kereta yang jarak antara tebing yang mula runtuh dengan bengkel tersebut adalah tujuh meter.
“Keadaan hujan ketika kejadian itu menyebabkan longkang pecah sehingga berlakunya mendapan tanah dan lima kereta tersebut jatuh sedalam lima hingga enam meter.
“Susulan itu, anggota menutup kawasan kejadian kepada orang awam sebelum menyerahkannya kepada Majlis Perbandaran Subang Jaya untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Saharudin berkata, kejadian mendapan tanah pernah berlaku di kawasan tersebut pada 2017 iaitu kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian hari ini.
0 Ulasan