Misi menyelamat mangsa banjir di Segamat, Ustaz Ebit Lew hantar pasukan lengkap dengan bot, 4x4 |
Beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka di daerah itu bagi penempatan mangsa banjir.
Melalui hantaran terbaharunya di Facebook, Ustaz Ebit Lew mengepilkan gambar pasukannya yang lengkap dengan bot penyelamat dan kenderaan pacuan empat roda bagi meredah banjir menyelamatkan mangsa.
Baca juga: “Hari ini, hari mereka, siapa tahu esok lusa hari kita pula?” Pak Nil buka kedai percuma bantu mangsa banjir
Pada sabtu lepas, mangsa banjir paling ramai ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kampung Tenang yang menempatkan 267 mangsa daripada 73 keluarga, dan Sekolah Kebangsaan Batu Anam dengan 256 mangsa dari 70 keluarga.
Dalam pada itu, daerah Tangkak turut merekodkan 31 mangsa banjir daripada tujuh buah keluarga, yang ditempatkan di PPS Sekolah Agama Bandar Tangkak.
0 Ulasan