Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Setelah kisah kemalangan berlegar, pengguna TikTok tunjuk pusara Upin dan Ipin

Setelah kisah kemalangan berlegar, pengguna TikTok tunjuk pusara Upin dan Ipin. Satu video di laman TikTok dari Indonesia mengejutkan netizen apabila ia memaparkan rakaman dua kubur kecil yang tertulis nama watak kartun terkenal Malaysia, Upin dan Ipin.

Setelah kisah kemalangan berlegar, pengguna TikTok tunjuk pusara Upin dan Ipin
Setelah kisah kemalangan berlegar, pengguna TikTok tunjuk pusara Upin dan Ipin

Menurut laporan Suara.com semalam, video yang dimuat naik di akaun TikTok @ABI_ALONK_3110 itu menunjukkan Upin Ipin meninggal dunia pada tahun 1995 dan 1996.

Seorang pengguna TikTok, @cryptoinvestorss menceritakan bahawa Upin dan Ipin adalah kejadian sebenar yang pernah berlaku di kampung halamannya.

“Jika mengikut kisah Upin dan Ipin di kampung saya di Palu,Sulawesi Tengah, mereka berdua bersama ibu bapanya meninggal dunia selepas terlibat kemalangan jalan raya.


“Hanya kakak mereka yang dikenali masyarakat sebagai Kak Ros yang terselamat. Kisah kartun kanak-kanak Upin Ipin mengambil inspirasi daripada kejadian ini,” jelasnya.


Namun begitu, penerangan pengguna itu disangkal oleh netizen yang beranggapan watak kartun Upin Ipin adalah rekaan semata-mata.

“Jangan terlalu mudah percaya, syarikat Les Copaque yang bertanggungjawab mereka Upin Ipin sudah menjelaskan karakter ini tiada kaitan antara hidup atau mati,” komen seorang pengguna lain.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan