Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Sayu... kisah lelaki ini tular, tinggal di bawah landasan LRT, akhirnya dapat perhatian menteri

Seorang lelaki yang ditemui tinggal di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) di kawasan di ibu kota di sini, bakal dipindahkan ke kediaman lebih selesa.


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata, pihaknya segera menemui lelaki terbabit sejurus mendapat maklumat daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Rupanya pasukan lain pun ramai ke sana termasuk (pihak) Baitulmal, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan badan bukan kerajaan (NGO)," katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Isnin.


Pada Ahad, seorang lelaki dikenali sebagai Kasturi dilaporkan tinggal di bawah jambatan LRT akibat tidak mampu untuk membayar sewa rumahnya di Kapar selepas diberhentikan kerja.


Keadaan lokasi di bawah landasan transit aliran ringan (LRT) di kawasan ibu kota yang dijadikan Kasturi sebagai tempat tinggal.

Lebih malang, isteri Kasturi yang dilaporkan sedang sakit tidak dapat untuk meneruskan proses rawatan di hospital kerana masalah kewangan dihadapi keluarga terbabit.

Dalam pada itu, Shahidan berkata, bagi memastikan perkara itu tidak berlanjutan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan sebuah rumah di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR).

Sumber: Sinar Harian


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan