Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Najib import Peguam Diraja United Kingdom untuk pembelaan rayuan kes SRC International

Semua kes melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak nampaknya tidak menyebelahi dirinya apabila sebelum ini mahkamah telah putuskan beliau bersalah. Bagaimanapun, Najib yang kini lebih mesra dipanggil Bossku tidak berputus asa dan akan membuat rayuan sekali lagi.

Najib import Peguam Diraja United Kingdom untuk selamatkan dirinya dari sabitan kes SRC
Najib import Peguam Diraja United Kingdom untuk pembelaan rayuan sabitan kes SRC International. Kredit foto: Youtube Bulletin TV3

Terkini, Najib dikatakan akan melantik Peguam Diraja dari United Kingdom kerana mempunyai pengalaman bagi memastikan beliau menang dalam rayuan seterusnya.

Rayuan ini amat penting bagi Najib untuk membatalkan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Najib sebelum ini didapati bersalah dalam kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd di Mahkamah Persekutuan.


Hasrat Najib untuk mendapatkan khidmat Peguam Diraja didedahkan dalam surat enam halaman dikeluarkan peguam Najib daripada Shafee & Co. kepada sekretariat Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat.

Oleh itu perayu memerlukan masa, selepas menerima rekod rayuan untuk membekalkan (rekod) yang sama kepada Peguam Diraja di London.

Pihak Najib turut berharap agar Mahkamah Persekutuan tidak menetapkan tarikh rayuan dalam masa terdekat kerana memerlukan masa yang lebih panjang untuk mendapatkan wakil Peguam Diraja. ini kerana mereka perlu menterjemah nota dan dokumen mahkamah bagi kes ini dari Bahasa Malaysia kepada Bahasa Inggeris.




Untuk pengetahuan, ini merupakan rayuan terakhir buat Najib untuk menyelamatkan dirinya dari dipenjara dan didenda. Oleh itu, apa sahaja cara yang ada akan digunakan beliau dan memerlukan masa yang cukup bagi memastikan segala persediaan lengkap.

Kredit: Harian Metro


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan