Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lelaki ini dakwa sembuh dari lumpuh dan bisu setelah mendapat vaksinasi Covid-19

Seorang lelaki yang lumpuh dan bisu selama empat tahun di India mendakwa bahawa dirinya kembali pulih selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 Covieshield, lapor akhbar The Mirror semalam.

Lelaki ini dakwa pulih dari lumpuh dan bisu setelah disuntik vaksin Covid-19
Dularchand Munda, 55, dakwa beliau pulih dari lumpuh dan bisu yang dihidapi setelah disuntik vaksin Covid-19

Covishield dihasilkan oleh Institut Serum India dan menggunakan formula sama untuk menghasilkan vaksin Oxford-AstraZeneca.

Baca: Wanita buta ini ramal 4 bencana besar tahun 2022, pernah ramal wabak Covid-19

Namun, selepas menerima suntikan vaksin pada 4 Januari lalu, Dularchand memberitahu, dia dapat menggerakkan semula kakinya dan boleh berjalan perlahan-lahan dengan bantuan tongkat.

Dalam masa sama, lelaki yang sudah empat tahun tidak boleh bercakap itu mampu bersuara buat kali pertama sejak kemalangan itu.

“Saya sangat gembira kerana terpilih mengambil vaksin ini kerana ia mengembalikan semula kemampuan saya untuk berjalan dan bercakap.

Seorang pakar kesihatan, Dr. Jitendra Kumar berkata, situasi itu adalah satu keajaiban yang mengagumkan, namun menegaskan masih banyak yang perlu dikaji mengenai keberkesanan vaksin ke atas penyakit lain selain virus Covid-19.


“Jika vaksin dikatakan memberi kesan positif ke atas kecederaan yang baru berlaku beberapa hari, ia boleh difahami secara perubatan.

“Namun bagi keadaan yang sudah berlarutan empat tahun seperti Dularchand, kita perlu lakukan kajian lanjut,” katanya.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan