Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Empat pemandu nyaris maut dirempuh Honda Civic ketika menunggu lampu isyarat merah

Kuala Lumpur - Gara-gara sebuah kenderaan hilang kawalan menyebabkan empat pemandu kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat di Jalan Gombak, dekat ini nyaris maut dirempuh dalam kejadian malam tadi.

Empat pemandu nyaris maut dirempuh Homda Civic ketika menunggu lampu isyarat merah
Empat pemandu nyaris maut dirempuh Homda Civic ketika menunggu lampu isyarat merah di Jalan Gombak, Kuala Lumpur

Bagaimanapun dalam kejadian kira-kira pukul 8.20 malam itu, kesemua pemandu kenderaan tidak mengalami kecederaan parah.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku di Jalan Gombak menghala Jalan Genting Klang melibatkan lima buah kenderaan iaitu Honda Civic (merah), Perodua Myvi (perak), Proton Saga (hitam) dan masing-masing Perodua Bezza (hitam) dan biru.

“Kejadian berlaku apabila kereta Honda Civic (merah) yang dipandu di lorong paling kanan telah hilang kawalan dan merempuh empat kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat lalu terbalik.

“Namun begitu, kesemua pemandu kenderaan yang terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan parah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, lelaki berusia 45 tahun yang memandu Honda Civic (merah) telah ditahan dan dibawa ke balai polis untuk pemeriksaan air kencing dan keputusannya adalah negatif .


Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Terdahulu, tular satu video berdurasi 21 saat di media sosial memaparkan kenderaan yang terlibat rosak teruk akibat dirempuh termasuk orang ramai memberikan bantuan kepada seorang pemandu yang cedera pada bahagian tangan. – Sumber Kosmo Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan