Ellie menjelaskan dirinya bukan antivaksin sebaliknya memerlukan masa untuk membuat kajian berhubung vaksin yang diberikan bagi mengekang virus berbahaya itu. |
Berkata kepada media, Ellie mengakui dia telah mengambil suntikan vaksin jenis Sinovac pertama pada Oktober dan kedua pada November 2021. Dalam masa sama, dia menegaskan bahawa dirinya bukan anti vaksin seperti yang didakwa. Sebaliknya dia hanya memerlukan masa untuk membuat kajian mengenai vaksin yang diberikan kepada orang ramai itu.
"Suami memberi tempoh kepada saya selama dua tahun untuk berpegang kepada pendirian untuk tidak menerima vaksin Covid-19, namun akhirnya saya akur dengan perintah suami. Setiap individu mempunyai hak untuk membuat pilihan. Saya bukan antivaksin, sebaliknya membuat kajian sebelum mengambil mana-mana suntikan.
"Ya, saya sudah lengkap vaksinasi. Saya ambil suntikan pertama vaksin jenis Sinovac pada penghujung Oktober tahun lalu dan kedua pada November tahun lalu.
"Masing-masing ada cara tersendiri untuk mencegah diri daripada wabak Covid-19. Sepanjang tidak mengambil vaksin, saya menggunakan langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti," katanya.
Jelasnya lagi, dia juga tidak memaksa anak-anaknya mengambil vaksin kerana mereka sekeluarga mengamalkan kebebasan untuk bersuara dan membuat keputusan sendiri sama ada mahu mengambil suntikan vaksin atau sebaliknya.
Tahun lalu, Ellie dan dua anaknya berusia 12 dan 17 tahun dilaporkan enggan mengambil suntikan vaksin atas faktor keselamatan sehingga dua anaknya itu terpaksa membuat laporan polis berikutan bimbang akan dipaksa mengambil vaksin tersebut.
Sumber: Harian Metro, Gempak
0 Ulasan