Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Cara-cara menebus baucar baharu RM75 Perlindungan Tenang untuk insurans / takaful 2022

PROGRAM Baucar Perlindungan Tenang merupakan inisiatif oleh Kerajaan Malaysia untuk memperluas perlindungan sosial kepada golongan berpendapatan rendah.

Cara-cara menebus baucar baharu RM75 Perlindungan Tenang untuk insurans / takaful 2022

Program ini telah dilancarkan pada September 2021 dan ditawarkan kepada penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang layak.


Pada tahun 2021, baucar RM50 telah diperuntukkan kepada penerima BPR yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang dari syarikat insurans dan pengedali takaful yang berlesen.

Perlindungan Tenang 2022

Bermula pada 1 Januari 2022, baucar RM75 akan diperuntukkan untuk penerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang layak untuk membeli/menyertai produk Perlindungan Tenang atau memperbaharui pelan Perlindungan Tenang yang sedia ada.

Penerima BKM yang layak juga dibenarkan untuk menebus baucar RM75 untuk pembelian insurans / takaful motor komprehensif untuk motosikal 150cc dan ke bawah dibawah Fasa 2 Program PTV RM75 ini. Butiran lanjut untuk pelaksanaan Fasa 2 akan diumumkan kelak.

Langkah 1: Semak Kelayakan

Sila layari laman sesawang www.myptv.my untuk menyemak kelayakan Program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 2022

Pada paparan form di bawah:
RM75 Perlindungan Tenang untuk insurans / takaful 2022
1. Langkah 1: Layari portal MyPTV (KLIK SINI).
2. Langkah 2: Masukkan maklumat No Kad Pengenalan anda dan tandakan tik (/) di “YA, SAYA TELAH MEMBACA DAN MEMAHAMI NOTIS PRIVASI” dan “Saya bukan robot”.
3. Langkah 3: Klik butang “Cari”. Jika anda layak untuk program ini, anda akan menerima nombor baucar dalam mesej seterusnya.

Jika layak contoh nombor baucar anda akan dipaparkan seperti di bawah:
RM75 Perlindungan Tenang untuk insurans / takaful 2022

Sebagai alternatif, anda juga boleh mengunjungi mana-mana cawangan atau ejen/pengedar syarikat insurans / pengendali takaful yang sah yang menawarkan produk Perlindungan Tenang untuk menyemak kelayakan anda.


Cara Menebus Baucar

Bagi mereka yang layak, penebusan baucar (RM75 untuk tahun 2022) boleh dibuat dengan dua kaedah utama iaitu:

KAEDAH 1: Penebusan baucar untuk pembelian produk atas talian
Langkah 1: Layari portal MyCoverage (KLIK SINI).
Langkah 2: Skrol ke bawah untuk melihat seksyen “Produk Perlindungan Tenang”. Klik pada ikon logo syarikat/produk Perlindungan Tenang untuk mendapatkan maklumat asas mengenai produk tersebut. Sila semak kriteria produk masing-masing seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Langkah 3: Tekan butang “KETAHUI LEBIH LANJUT” dan anda akan dibawa ke laman web syarikat insurans atau pengendali takaful yang menawarkan produk Perlindungan Tenang tersebut.
Langkah 4: Anda akan dibantu untuk melalui proses yang mudah untuk menyertai/membeli produk tersebut. Anda perlu mengisi maklumat yang diperlukan seperti nama, no Kad Pengenalan, umur, jantina dan lain-lain untuk melengkapkan proses pembelian. Anda mungkin juga perlu memasukkan nombor Baucar Perlindungan Tenang unik anda untuk menuntut baucar tersebut semasa pembelian produk. Anda dinasihatkan untuk membaca terma dan syarat produk tersebut sebelum membuat pembelian.


KAEDAH 2: Penebusan dan pembelian di kaunter
Anda juga boleh menebus baucar ini secara langsung dari kaunter pejabat cawangan atau ajen/pengedar sah syarikat insurans/pengendali takaful.
Ketika di sana, anda amat disarankan untuk meneliti dan dan fahami maklumat asas serta manfaat produk, termasuk menyemak kriteria produk seperti had umur dan jumlah premium / sumbangan sebelum memutuskan produk yang paling sesuai dengan keperluan anda.
Jika anda ingin meneruskan pembelian, anda akan diminta untuk mengisi maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan proses pembelian.

Untuk maklumat lanjut, terperinci dan lengkap berkenaan program ini, anda amat disarankan untuk membaca penerangannya pautan Soalan Lazim – klik sini.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan